Saturday, 24 March 2018

2nd UKM WORLD ART FESTIVAL


Asalamualaikum . hi .๐Ÿ‘€

Tahu tak apa yang ingin ira kongsikan dengan anda semua pada kali ni. Kalau Malaysia kita panggil 1 Malaysia tetapi kalau UKM kita panggil 1 UKM . kenapa ira cakap macam tu ? mestilah ada kena mengena. Seperti yang korang tahu , UKM terdapat pelbagai kaum malah turut daripada pebagai Negara di seluruh Malaysia. tahun lepas iaitu tahun 2017, pihak kebudayaan UKM telah mengadakan 2nd UKM World Art dimana ia merupakan persembahan daripada mahasiswa dan mahasiswi daripada pelbagai Negara. 



Okay jom rajinkan diri untuk terokai apa yang ira ingin sampaikan pada kali ini. ๐Ÿ‘ป

  Pada 18 November 2017 telah berlangsungnya 2nd UKM World Art Festival di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM Bangi. Festival ini merupakan festival kedua diadakan di UKM yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan UKM. Festival ini bermula pada pukul 8 malam sehingga 12 malam. Ianya turut dihadiri oleh Tunku Zain Putera Canselor UKM, Pengurusan tertinggi UKM turut menghadiri festival ini antaranya TNC HEAA, TNC HEPA dan pendaftar UKM.

Pada pendapat saya , festival ini telah mencapai objektifnya kerana sambutan dari para penonton yang amat memberangsangkan dimana festival ini dapat menjayakan dengan gemilangnya kerana setiap persembahan menunjukkan komitmen yang terbaik. Persembahan ini memberi impak yang positif dalam membantu generasi kini untuk lebih mengenal seni dan kebudayaan tradisiona dan moden dalam pelbagai Negara.

Antara maklumat yang saya perolrhi daripada festival ini ialah terdapat pelbagai jenis persembahan dipersembahkan dimana uniknya festival ini adalah pesertanya merupakan dari pelbagai jenis negara iaitu Malaysia,Thailand, China, Somalia, Jepun, Kazakstan, Filipina, Mozambique, dan Mexico.

Salah satu faedah program ini ialah dapat menambah ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian kebudayaan. Ini lebih merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum.selain itu, ia turut menngukuhkan perpaduan kaum antara Negara. Penumpuan penglibatan aktif sesetengah negara dalam aktiviti seni dan kebudayaan merupakan penyumbang ke arah pembangunan individu secara keseuruhan,dimana ia mempereratkan perpaduan antara Negara lain dengan Malaysia serta mempertingkatkan kualiti hidup dalam UKM yang mempunyai mahasiswa dari pelbagai Negara.di samping itu, dapat memaksimumkan perkembangan diri dan kemajuan akademik bagi peserta yang membuat persembahan. Ia dapat memberi mereka kemahiran dalam berdaya saing dan tabah menghadapi cabaran, kemahiran komunikasi mereka juga turut terserlah di mana hubungan mereka secara personal dan interpersonal dapat ditingkatkan lagi sejajar dengan nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang lain di peringkat Uiversiti.

Penambahbaikan untuk festival ini bagi pendapat saya ialah kita dapat menambaahkan lagi pelbagai jenis negara di serata dunia dan menjemput lebih ramai penonton dari luar UKM seperti IPTA dan IPTS di Malaysia.

Sebagai kesimpulannya dapatlah disimpulkan bahawa aspek seni dan kebudayaan amat penting kepada masyarakat di negara ini. Kedua-dua entiti ini sememangnya berkait rapat dan sangat senonim dengan masyarakat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, agama dan nilai budayanya begitu juga di ukm dimana terdapat pelbagai jenis mahasiswa dan pensyarah dari serata dunia. Perbezaan seni dan kebudayaan bukanlah merupakan halangan satu bentuk perhubungan dan komunikasi yang baik dan mantap sebaliknya menjadi sumber kekayaan kepada nilai seni dan budaya masyarakat di dunia. Sifat multikultural yang dimiliki oleh masyarakat di dunia ini menjadi aset penting dalam memperkayakan khazanah seni dan budaya.kesan daripada festival ini bakal memberi impak positif ke atas ekonomi negara pada masa akan datang.



Terima kasih pada awak semua yang sudi singgah blog ira dan sudi luangkan masa walaupun sekejap untuk singgah blog ira. ๐Ÿ’—

Sekian.๐Ÿ˜Œ๐Ÿ’ฆ

persembahan USANG DARIPADA Kelab Teater Rimba UKM



Hiiii guyssz. Asalamualaikum.


Kali ni, ira nak cerita tentang teater yang dipersembahkan oleh Kelab Teater Rimba UKM. Dimana mereka pernah membuat persembahan di panggung seni sebagai penutupan FESTER. Tajuk teaternya adalah Usang.


Usang menyampaikan sebuah kisah kehidupan kanak-kanak yang kurang upaya dimana kanak tersebut sentiasa kuatkan dirinya dalam mengharungi segala ujian dan tabah akan penantian selama ini untuk berjumpa dengan bapanya. Isi penting teater ini ialah dan dimana. Kisah Ari (watak seorang kanak-kanak kurang upaya) telah menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh Ari dimana pengakhiran teater ini ibunya telah pergi selamanya dan Ari baru mengetahui bahawa dia mempunyai seorang abang tiri iaitu Hisyam yang turut cacat.


Permulaanya cerita ini bermula apabila Hisyam yang sudah meningkat ke alam kedewasaan yang mencari semula adiknya iaitu Ari di rumah usang lamanya tetapi malangnya hanya menjumpai sepucuk surat daripada Ari di rumah itu dimana surat itu menceritakan semula kisah hidupnya ketika kecil bersama ibu kandung Hisyam. Surat itu dimulai dengan kisah Ari bermain dengan kawannya iaitu Ain. Mereka berdua merupakan kawan baik sejak kecil kerana Ain satu-satunya yang hanya berkawan dengan Ari. Kawan-kawannya yang lain tidak mahu bermain dengan Ari disebabkan Ari tidak mempunyai ayah. Di rumah usang itulah Ari tinggal bersama ibunya dari kecil tanpa seorang ayah.


Pada suatu hari, seorang lelaki yang sepatutnya tidur, makan dan berhibur sebumbung bersama ari dan ibunya telah kembali kerumah usang tersebut. Mereka kembali mengimbas apa yang telah berlaku dari kisah lahirnya Hisyam, penipuan si suami, dan kehidupan anaknya Ari tetapi Bad telah mendengar segala perbualan mereka tanpa diketahui mereka kerana Bad menyembunyikan diri untuk mendengar perbualan mereka.si ibu tidak mahu lagi mendengar pujuk rayu si suaminya kerana serik dengan penipuan dan ketidaktanggungjawaban seorang ayah. Lalu ayahnya beredar dari situ.


Kemudian datangnya, seorang perempuan iaitu ibu kepada kandung Ari telah kembali bersama suaminya dimana perempuan itu merupakan madu kepada ibu Hisyam untuk menuntut semula anak mereka. Setelah menetahui Ari cacat, perempua itu tidak ahu lagi mengambil semula Ari malah tidak mengaku Ari anak kandungnya walaupun Ari merupakan darah dagingnya.


Suatu malam, semasa Ari sedang menunggu Bad di luar rumah dia terlena di depan pintu dan mendapat mimpi indah kerana bertemu dengan ramai kawan-kawan yang ingin membawanya ke pelangi. Tiba-tiba datang ayahnya bertemu Ari di dalam mimpi itu lalu dipeluk ayahnya dengan erat keranna terlalu rindu. Tetapi mimpi itu hanya seketika.


Terjaga Ari daripada mimpi itu kerana si ibu membangunkannya daripada tidur itu. Ibunya memberitahunya bahawa mala itu merupakan hari lahirnya dan kerana itu si Bad ingin emberikan hadiah kepada Ari. Tidak lama kemudian, Ari sedari ibunya rebah di dalam rumah. Bad memeriksa ibu si Ari dan menyatakan bahawa ibunya telah tiada di dunia ini. Sebak da sedih telah dirasai oleh Ari apabila dia mengetahui kasih sayang seorang ibu tidak akan dirasai lagi dimana ibu yang telah menjaga,mendidik dan mengasuhnya dari kecil telah pergi selamanya bertemu Ilahi. Setelah itu, Ari dijaga oleh Bad sehingga meningkat dewasa dan akhirnya Bad menceritakan kepada Ari tetang siapakah Ari sebenarnya.


Kata-kata daripada suratan itu menyatakan harapan seorang kanak yang kurang upaya serta kurang kasih sayang seorang bapa sejak kecil yang tabah mengharungi segala dugaan dan menjadikan masa silamnya sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan. Pengakhiran surat itu adalah dengan meluahkan rasa sayangnya kepada Hisyam (abang kepada Ari) walaupun mereka tidak pernah berjumpa.


Mesej positif yang disampaikan dalam teater Usang ini ialah kasih sayang seorang ibu yang sanggup menerima anaknya walau apa kurangnya. Selain itu, kesetiaan seorang sahabat diantara Ari dan Ain . disamping itu, kesungguhan seorang abang dalam mencari adiknya walaupun hanyalah adik tiri serta kasih sayang seorang ibu yang tiada tandingnya dan tabah seorang kanak-kanak kurang upaya dalam menharungi segala dugaan seperti ejekan kawan-kawannya dan kurangnya kasih sayang seorang bapa.


Manakala mesej negatif yang disampaikan dalam teater usang ialah hilangnya tanggungjawab seorang ayah dan suami. Selain itu, tidak mahu menerima takdir yang telah ditentukan seperti ibu kandung Ari yang tidak mahu untuk menerima Ari setelah mendapat tahu Ari seorang kanak-kanak yang kurang upaya. Seterusnya, pelbagai tipu helah suami untuk mendapatkan kebahagian diri sendiri dan mengabaikan Amanah seorang ayah dan seorang suami.


Kesimpulannya, setiap persembahan yang dihadiri membawa berbagai-bagai jenis teladan dan pengajaran kepada diri kita sendiri


Terima kasih .


Sekian cerita ira pada kali ini. See u for the next update.




UKM INTEGRATED INTERSHIP AND CAREER DAY



Asalamualaikum dan salam sejahtera. ๐Ÿ’˜ Hii anda-anda semua.kembali lagi bersama ira yang cantik lagi bergaya๐Ÿ˜Ž. Ehh . heheh . gurau sahaja. ๐Ÿ˜‚ Jom ira nak perkenalkan pada anda semua tentang akttiviti yang pernah ira hadiri di UKM. Pernah dengar tak tentang UKM Integrated Intership and Career Day ? hmm tak pernah dengar ?? okay . jom ira cerita sikit tetang program ni dimana ira pernah ikuti program ini pada sem 1.๐Ÿ’ƒ




Okay . UKM Integrated Intership and Career Day berlangsung pada 22 november 2017 dimana pihak Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan suatu program yang sangat bermanfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang alam pekerjaan .๐Ÿ‘ Oleh itu, program ini dinamakan sebagai program UKM Integrated Intership and Career Day dimana program ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang pada hari tersebut. Program ini berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM Bangi.๐Ÿ’œ

Program ini turut disokong oleh pelbagai jenis syarikat. Atara syarikat yang memberi sedikit sumbangan untuk program ini adalah Maybank dan Loedige Malaysia . Antara peserta pameran yang terlibat adalah Fresco, Starbucks, M&C Saatchi, Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) , Public Bank, AVA Planners, Fujitsu Systems Global dan banyak lagi.

Dimana terdapat lebih daripada lapan ratus (800) peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat yang mengikuti program ini iaitu lebih 40 syarikat . Antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari berkenaan ialah Job pitching, sesi temuduga, lunch booster with Starbucks, Career Talk, lucky draw, dan Food trucks.

Antara syarikat yang menawarkan pekerjaan kepada para graduan ialah KPJ Healthcare Berhad . Selain itu,M&C SAATCHI, XREMO,ZURICH TAKAFUL, UPAL, AEISEC dan Centlus Aps Enterprise turut menawarkan pelbagai jenis pekerjaan kepada mahasiswa dalam syarikat mereka.

Setelah dikaji tentang kriteria yang diperlukan bagi syarikat untuk memilih pekerja terutama bagi lepasan graduan ,adalah sama bagi setiap syarikat. Antara kriteria ditekankan bagi pemilihan pekerja adalah potensi dalam kepimpinan dimana ia merupakan tulang belakang bagi seseorang untuk memegang sesuatu jawatan. Bukan itu sahaja, kemahiran insaniah dan teknikal juga dikatakan satu kriteria yang penting di pasaran tenaga kerja selaras dengan hasrat meningkatkan modal insan Negara kerana ia dapat meningkatkan etrampilan graduan , kurikulum, dan keperluan industri masa kini. Selain itu, aspek keterampilan graduan atau bakal pekerja merupakan kriteria semakin dipentingkan oleh majikan dalam memilih pekerja . Penampilan yang dimaksudkan ialah dari segi pakaian, kekemasa diri, gaya komunikasi dan keyakinan diri kerana ia memberi persepsi pertama kepada pihak majikan dalam memilih pekerja.seterusnya, ujian kognitif atau ujian kecerdasan turut digunakan dalam pemilihan pekerja bagi syarikat-syarikat tertentu kerana mereka berpendapat bahawa ia menggambarkan personaliti, keupayaan serta pengetahuan calon. Akhir sekali, hasil kajian turut menunjukkan bahawa responden sangat mengutamakan aspek pengalaman bekerja dan kemahiran ICT selain tahap pendidikan dan personality calon.

Kesimpulannya, program ini telah memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa dalam menambah ilmu pengetahuan tentang keperluan seseorang untuk mendapatkan kerjaya tetapi kepada bakal pekerja atau dalam pemilihan pekerja tidak akan terlepas daripada membuat resume bagi menambahkan keyakinan para majikan untuk memilih bakal pekerja mereka kerana ia juga merupakan sebahagian daripada sokongan bagi pemilihan pekerja. ๐Ÿ‘ฎ

Terima kasih pada yang sudi singgah blog ira. Hanya sekadar berkongsi sedikit ilmu yang ira tahu .

Sekian .๐Ÿ˜‰๐Ÿ’ฆ

LARIAN MUR 2017

RETREAT KUALA KRAU


Hi , asalamualaikum. ✋

Lama tak update blog rasanya. Kali ni ira  na cerita tentang aktiviti skytrex bersama mahasiswa Kuala Krau pada 16 dan 17 mac 2018 iaitu pada hari jumaat dan sabtu bertempatkan Skytrex Shah Alam. Skytrex Adventure Shah Alam adalah  yang pertama seumpamanya di Malaysia, dari pokok ke pokok, pengalaman bergayut, dan meluncur pada pelbagai halangan di udara ini yang akan memberikan kepuasan kepada diri kita. Program yang ira ikuti kali ini Iainya merupakan program dibawah mahasiswa Kuala Krau yang dinamakan retreat Kuala Krau.

Pada hari pertama iaitu pada 16 Mac 2018 , kami berkumpul di Skytrex Shah Alam bagi memastikan kehadiran peserta . waktu tu ira memang tak kenal sesiapa sebab wakil UKM ada 3 orang tetapi ira memang tak kenal sebab ira ke Skytrex to dengan abang Taufiq dan Kak Bella daripada UIA. Waktu daftar tu ira ‘’ awkward ” sikit sebab tak kenal . time tengah daftar tu la ira baru dapat kawan daripada UITM , UNIMAP, UMP, KUPTM, UTM dan UNIMAS. Antara rakan yang rapat namanya Farah , Nissa dan Aida. Kami bergerak ke kawasan aktiviti menaiki bas yang disediakan.



Sebelum aktiviti dimulakan , kami menunggu kehadiran Dato' Haji Ismail Mohamed Said yang merupakan ahi parlimen Kuala Krau untuk perasmian.  Kemeriahan program ini turut dirasai dengan kehadiran Beliau beserta ucapan yang turut memberikan kami semangat dalam menjayakan program ini serta membangkitkan kami dalam melahirkan sifat  kepimpinan seperti Beliau.


Setelah perasmian, kami memulakan aktiviti dengan memakai sut keselamatan yang disediakan oleh pihak Skytrex. Kemudian penerangan tentang aktiviti dan aspek keselamatan dilanjutkan setelah pemakaian sut selesai. Kemudian diteruskan lagi dengan aktiviti yang pertama iaitu climbing dan flying fox dimana ianya diterangkan oleh pekerja SKytrex.

Bagi ira aktiviti yang paling mencabar ialah zig zag plank bridge dimana ketinggiannya adalah 17 meter . ira ni takde la gayat sangat tapi waktu to memang gayat gila . kalau boleh taknak pon pandang bawah tapi terpaksa jugak pandang nak tengok langkah kaki. Bagi mereka yang tak suka cabaran jangan try nanti kat atas tu jugak korang pengsan . hehe. Gurau je. Cuba la. Sebab seronok sangat . kalau flying fox to pon best jugak . rasanya macam da pandai terbang walaupun tanpa sayap. Hehe.๐Ÿ‘ป๐Ÿ’ƒ

Lepas selesai je aktiviti ni, ira dan rakan-rakan bergambar bersama-sama. Kawasannya sangat cantik. Kalau korang tak pernah pergi . I think u should pergi dan nikmati keindahan alam . ❤kemudahan awam kt situ pon okay je. Nak sewa almari pon murah je.



Bagi yang berminat nak pergi ke Skytrex Shah boleh tengok list harga kat bawah ni dan waktu beroperasi  pada hari sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Cuti yang dipilih sahaja) paling awal bermula pukul 8:30 AM dan paling lewat pukul 3:00PM  :-
Harga Skytrex Adventure Shah Alam

Litar
Little Adventure
Big Thrill
Extreme Challenge
Harga
RM 35
RM 45
RM 55
Tahap Kesusahan
Beginner
Intermediate
Advanced

Okay.
aktiviti dianggarkan selesai pada pukul 5:30pm macam to. Selepas itu, kami bergerak ke Homestay untuk bersiap bagi aktiviti seterusnya dimana ianya merupakan dinner antara mahasiswa dan mahasiswi Kuala Krau beserta dengan ucapan daripada ketua program iaitu abang Taufiq.

Pada keesokan harinya pula, kami berkumpul untuk makan tengahari sebelum balik ke rumah masing-masing.

apa yang boleh ira boleh katakan, banyak manfaat yang ira dapati daripada program ini dimana ia melahirkan sifat keberanian dalam diri untuk menempuh cabaran yang agak mencabar bahkan dapat menambah lebih ramai kenalan serta menanmbahkan keyakinan dalam diri .

Sekian cerita ira pada kali ini, nanti ira akan update lagi.Terima sudi singgah blog ira .๐Ÿ’ฆ





Saturday, 17 March 2018

FESTIVAL MAC VINTAGE UKM 2018





Asalamualaikum kawan-kawan . hi . we meet again right ? okay . kali ini ira nak share tentang festival mac  vintage ukm 2018 . mesti korang pernah dengar tentang event ni kan ? ape yang menarik tetang event ni ? event ni adalah event yang pertama diadakan di seluruh IPTA dimana memfokuskan barangan bundle dan vintage . Ianya dianjurkan oleh skretariat usahawan dibawah kolej Ungku Omar UKM Bangi dan ira merupakan ahli jawatankuasa Festival Mac Vintage UKM dibawah pos program. Festival ini berlangsung selama 3 hari pada 2, 3 dan 4 mac 2018 di dataran panggung seni UKM daripada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam.

Antara matlamat festival ini ialah memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara menguruskan program berimpak tinggi dalam bisnes jualan barang vintage dan pengurusan festival yang besar. Selain itu, dengan festival ini dapat mengubah pemikiran dan persepsi masyarakat tntang barang-barang vintage kerana ianya mempunyai nilai estetika yang tinggi dan sebenarnya harganya lebih mahal dan  sukar untuk didapati .Disamping itu, antara objektifnya ialah memantapkan program pembangunan keusahawanan melalui aktiviti penyelidikan, perundingan latihan dan khidmat sosial.
Pelaksanaan manifesto yang memfokuskan aspek keusahawanan telah Berjaya dilaksanakan melalui penganjuran Festival Mac Vintage UKM 2018 yang dirasmikan oleh pengetua kolej Ungku Omar , En Nik Hairi Omar . Alhamdulillah , akur janji yang dikotakan telah ditunaikan.

Dengan membawa tema jual beli barangan terpakai,Festival Mac Vintage yang diadakan ini membawa harapan kepada para mahasiswa dan mahasiswi supaya dapat mempelajari cara untuk menguruskan festival atau program secara teratur serta memperkasakan ilmu serta pengalaman dalam bidang keusahawanan khususnya bagi mahasiswa fakulti ekonomi dan pengurusan.  Justeru itu, ira mengaku bahawa telah banyak yang ira pelajari untuk menguruskan program besar serta selok belok dalam menjana pendapatan melalui program ini.

Program ini telah mendapat tajaan daripada syarikat Ultraprint, Nestle, Telaga Biru, Warrior dan sedikit sumbangan daripada pihak kolej dan UKM .

Tipulah kalau tiada cabaran yang dihadapi. Kami terpaksa mengorbankan sedikit masa cuti sem selama seminggu untuk berkampung dikolej untuk menyiapkan apa yang patut dan kami ada membuat ‘’ social work’’ dikawasan Bangi dan Kajang. Alhammdulillah , ianya disambut dengan baik oleh warga2 Bangi dan Kajang dalam membantu kami untuk mendapatkan dana.

Walaupun banyak dugaan yang kami hadapi  semasa pegurusan berjalan tetapi kami tetap membantu satu sama lain dan akhirnya ianya membuahkan hasil dimana titik peluh kami bukan sahaja titk peluh yang menyuarakan kepenatan tetapi ianya merupakan hasil kejayaan bersama daripada usaha kami semua. Bak kata pepatah melayu bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian  . dan dalam pepatah arab turut berbunyi ‘’MAN JADDA WAJADA’’  iaitu siapa berusaha dia akan Berjaya.  Masa digunakan sehabis baik kerana masa it umpama pedang jika anda tidak memotongnya maka ia akan memotongmu.

Antara barangan yang dijual adalah kasut, beg, sunglasses, topi, pakaian dan barangan hiking yang terdiri daripada pelbagai jenama dari dalam dan luar Negara.

Bagi pengunjung 1000 terawal telah  mendapat hadiah misteri daripada pihak kami. 

Terdapat juga pelbagai jenis makanan yang dijual disitu semasa program ini dijalankan seperti kambing grill, satay kebab, kuew teaw dan lain-lain. Malah kami turut mengadakan cabutan bertuah dan dart game dimana ianya menyediakan hadiah-hadiah yang sangat lumayan.

            Festival ini mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana pengunjungnya bukan sahaja dalam ukm malah turut dihadiri pengunjung luar yang agak diluar jangkaan . ada yang datang dengan kawan-kawan dan juga ada yang datang dengan keluarga.

Banyak manfaat yang ira dapat sepanjang menjalankan festival ini sejurus membantu ira dalam memikirkan aspek perniagaan serta keusahawan kerana ianya meberi impak yang besar pada diri ira sebagai pelajar dinawah fakulti ekonomi dan pengurusan.

 Setakat ini sahaja cerita ira pada hari ini. Just waiting for the next update okay . bye3

Sekian .

           


Wednesday, 14 March 2018

EXPO NEGARAKU 2017


Hi guys. ๐Ÿ˜†  Berjumpa lagi kita ya . kali ni ira na cerita tentang  program yang ira join semasa sem 1. Pernah dengar tak Expo Negaraku 2017 ? mesti pernah kan. Okay. Pada 15 november 2017 iaitu hari  rabu  ira dan rakan2 ada  join lawatan  ke Expo Negaraku dimana ia  bertempatkan di dataran merdeka , Kuala lumpur. So hari ni ira akan kongsikan sedikit maklumat yang ira dapat sewaktu lawatan ini berlangsung.
Suasana pada malam tu sangat2 meriah tak terhingga .๐Ÿ˜…  kenapa ??? ๐Ÿ˜ฑ  sebab memang byk manfaat yang ira dapat . bukan itu sahaja . pelbagai jenis foodtruck boleh kita dapati di situ . ramai pengujung yang turut hadir pada maam tersebut sejurus langsung memeriahkan lagi suasana expo negaraku 2017.
Sebelum ira  menerangkan tujuan Expo Negaraku diadakan, adakah anda tahu apa beza  negara dan negaraku ? hmm kurang pasti ?? okay lah .  pada pendapat ira, negara merupakan suatu organisasi dari rakyat negara tersebut untuk mencapai tujuan bersama dalam sebuah konstitusi yang dijunjung tinggi oleh warga negara tersebut manakala negaraku  merupakan suatu wilayah yang mempunyai keutuhan perpaduan masyarakat walaupun rakyat berbilang kaum dimana rakyat saling menghormati agama dan kehormatan masing-masing seperti Malaysia serta mempunyai pemimpin yang bertanggungjawab dimana sentiasa memikirkan kesenangan rakyatnya dan berusaha memajukan negara dan memastikan keamanan negara terus dicapai.๐Ÿ‘


 Expo Negaraku ini diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak  merangkap Menteri Kewangan bagi mempamerkan projek-projek infrastruktur semasa dan masa hadapan yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia demi menyediakan kehidupan yang lebih bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. Menariknya, kesemua informasi tersebut dipamerkan dalam bentuk interaktif dan informatif. Setiap pengunjung yang mengujungi  Expo Negaraku pasti akan teruja apabila melihat , mendengar dan merasai sendiri pelbagai kemudahan yang bakal disediakan. Terdapat pameran berskala besar diadakan selama sebulan sehingga 15 Disember ini di mana ia menjanjikan pengalaman baharu buat pengunjung untuk melihat pembangunan infrastruktur negara secara lebih dekat selain berpeluang berinteraksi dengan pemimpin negara.๐Ÿ‘ฅ

 Paling menarik bagi ira ialah kubah .๐Ÿ˜Ž Dimana tarikan utama di Expo Negaraku ini ialah 5 buah kubah yang diinspirasikan daripada 5 Rukun  Negara ✋ yang merupakan janji dan ikrar kita kepada Negara. Kubah pertama ialah Tuah dikongsi bersama dimana ia menayangkan video yang menyelami kehidupan rakyat Malaysia yang dilimpahi tuah hasil daripada kemajuan infrastruktur Negara.seterusnya, kubah kedua pula ialah bertemakan kemudahan infrastruktur. Disini kita akan merasai sendiri segala kemudahan infrastruktur yang membawa transformasi kepada kehidupan rakyat satu Malaysia. Kubah ketiga pula bertemakan kehidupan dan kesejahteraan dimana kita dapat melihat testimoni kelebihan-kelebihan pelbagai program dan inisiatif yang menjanakan pertumbuhan ekonomi dan menambahbaik tahap kehidupan dan kesejahteraan rakyat.disamping itu, kubah ke empat pula tentang gaya hidup Malaysia kerana kita akan dapat melihat panorama Kuala Lumpur dari Menara PNB118,lanskap Pulau Langkawi yang menakjubkan dari puncak kereta kabel, serta infrastruktur moden sepanjang Lebuhraya Utara Selatan. Manakala kubah yang terakhir iaitu kelima menerangkan tentang masa depan gemilang. Ia membawa kita meyaksikan paparan visual 360 darjah mengenai masa hadapan Negara menerusi pembangunan Bandar Malaysia.


Kesimpulannya,bagi ira  Expo Negaraku  telah  banyak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara langsung mengiringi Malaysia dalam menjadi salah satu Negara yang maju didunia. SemogaMalaysia akan menjadi Negara yang maju dan berwawasan pada masa hadapan dan akan menjadi contoh kepada dunia akan keaamanan hidup berbilang kaum.๐Ÿ’—๐Ÿ’ƒ


















Tuesday, 13 March 2018

PENGENALAN DIRI

Hii .. This is my second update , untuk yang pertama sekali ira nak ucapkan terima kasih pada korang yang sudi singgah blog ira. Tujuan blog ni diwujudkan adalah untuk memenuhi keperluan kursus aplikasi komputer dimana saya merupakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dibawah Fakulti ekonomi dan pengurusan tahun 1 sem 2 sesi 2017/2018 sekaligus merupakan mahasiswa dibawah jurusan sarjanamuda ekonomi dengan kepujian .


Myself



Task yang first sekali untuk blog ni adalah pengenalan diri dan sepatutnya first update is my pngenalan diri . tapi sebab ira terlajak borak tentang hostel sampai dah tak jadi nak buat pengenalan diri . terlajak borak k bukan basikal lajak . jadi saya teruskan update yang kedua tentang pengenalan diri.   okay .nak kenal ira tak ? first sekali, nama penuh ira ialah Norshahira Binti Mohd Saman tapi boleh panggil ira sebab member dari tadika sampai la sekarang orang panggil ira. Mula menjejakkan diri di muka bumi ini pada 15/07/1998 bertempatkan Hospital Kuala Pilah Negeri Sembilan. tapi ira tak pandai pon cakap lorat nogoi . sikit2 boleh la. hihi . sebab daripada kecil sampai sekarang stay Pahang . sekarang tahun 2018 jadi umur ira sekarang dah 20 .๐Ÿ˜

ira mempunyai 7 orang ahli keluarga dimana bilangannya termasuk mak ayah dan 5 orang adik beradik. ira merupakan anak yang kedua dan mempunyai seorang kakak dan 2 orang adik lelaki serta seorang adik perempuan.
keluarga besar belah mak bersama nenek dan arwah datuk

tingkatan 5
zaman matrikulasi bersama pensyarah akaun kami

kini di UKM bersama rakan satu kos

Bermula dengan sejarah persekolahan pula, Ira merupakan salah seorang pelajar di sekolah kebangsaan Jengka 17 diperingkat sekolah rendah sewaktu berumur 7 hingga 12 tahun . kemudian, ira meneruskan pembelajaran diperingkat sekolah menengah di sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan Chenor dimana pada tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 ira merupakan pelajar aliran agama yang hanya mengambil 9 subjek termasuk Bahasa arab komunikasi kemudian ira meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar di SMKTAAC sehingga tingkatan 5 dengan mengambil jurusan sains akaun. seterusnya, ira ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Pahang (KMPH) jurusan perakauanan selama 10 bulan .dan alhmdulillah ira Berjaya mencapai impian yang terkubur dari kecil lagi untuk menjadi salah seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dimana ira ingin mengikuti jejak idola sejak dari kecil lagi iaitu Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha merupakan angkasawan negera walaupun jurusan beliau jauh sekali berbeza dengan jurusan yang ira ambil sekarang. Ira amat kagum dengan sifat keberaniannya dan beliau mempunyai sifat self confident yang tinggi serta gigih berusaha sehingga beliau berjaya mengharumkan nama Malaysia. semoga suatu hari nanti ira dapat menyumbang sesuatu yang berharga pada Negara tercinta ! MALAYSIA ! ๐Ÿ’–๐Ÿ’ƒ



Okay. Pada mulanya ira memang tak tahu sangat apa yang ira akan belajar dalam subjek ekonomi .ira berkenalan dengan ekonomi sejak menjejak kaki ke matrikulasi . Apabila ira belajar dan cuba memahami serta mendalami subjek ekonomi dalam tak sedar minat akan ekonomi mula menyirami  didalam diri sehingga ira membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian ijazah dalam bidang ekonomi .๐Ÿ˜Š

Harapan ira kali ini , ira dapat menghadiahkan segulung ijazah kepada ibu bapa ira sekaligus mencapai kejayaan dalam kerjaya agar suatu hari nanti ira dapat membalas jasa kedua orang tua ira yang tercinta. ๐Ÿ‘ช they are my only one diamond that I have and I need .๐Ÿ‘ด๐Ÿ‘ต๐Ÿ’–

sekian.๐Ÿ’™๐Ÿ‘Œ๐Ÿ’ฆ



Saturday, 10 March 2018

KEBAIKAN TINGGAL DIASRAMA

Asalamualaikum . . . hi awak-ii semua .ni adalah my first blog . Nama saya ialah Norshahira . Selalu orang panggil saya Ira tapi dalam hati kalau boleh nak orang panggil saya Shah sebab nampak lain sikit kan . hehehe .  okay apepon . thnk u pd yang sudi singgah blog ira . n Welcome to my room ! ๐Ÿ˜…
untuk kali ni ira nak cerita tentang kehidupan ira di asrama . asramaku syurgaku. cewahhhh . haha .

Ira ni sebenanrnya anak yang kira rapat ngn abah mak jugak . anak manja la kiranya . ni kes homesick la TETAPI disebalik homesick mempuyai kebaikan . Pada pendapat ira, homesick itu normal bagi kita seorang manusia. tipu la tak pernah homesick . yang bezanya level homesick to je. okay ..starting dy gini..  waktu first daftar asrama rasa macam independent dah ni . kononnya . mak ngan abah dah na hntar balik pon xsedih.

Tidak lama kemudian, dalam 2 minggu dah mula nak nangis sebab rindu kt mak dan abah . sebelum ni tak pernah pon bejauhan lama2 dengan parents .thap homesick ira dulu... duduk kt kelas pon teringat , makan pon teringat, paling seksa sekali .. nak tidur pon teringat . haha . tapi itu normal la bagi budak2 yang baru nak menjejakkan kaki kt asrama. tiap2 malam mesti akan call mak guna public phone. ketika itu ,, sejak detik itu .. baru ku menyedari betapa emasnya duit syiling. haha. hari2 cari duit syiling.

satu hari tu ira sedih sangat kan , Ira call mak ira cakap yang ira nak tukar sekolah yang xde asrama . haha . nak satu sekolah ngan kakak . tapi mak abah suruh duduk asrama untuk biasakan diri berdikari. mula2 to taknak , tapi akhirnya akur dengan permintaan ayahanda dan ibunda ku. jadi ira teruskan la duduk asrama .. tapiii . hehe . ira dulu buat syarat. tiap2 petang mak ngan abah kena datang asrama lawat ira kalau tak ira taknak duduk asrama. Mak abah pon akur jugak dengan permintaan anakanda yang tercinta mereka. hihi . maafkan ira menyusahkan makk abah waktu tu . biasa lah baru form 1 kan . mengada sikit .

hari2 dapat jumpa parents bahagia jugak la . xdela homesick sgt tapi perasaan na tukar sekolah to masih bersemadi didalam hati . huhuhuu .One day, ada seorang kakak senior ni jumpa ira. ajak sembang2 kt bilik . ira pon ok je . sembang macam biasa . tiba2 dia bukak cerita pasal homesick ira to . hhaha . nama dia zakirah . tapi orang panggil dia kak kiroh . dia nasihat to memang nampak la keikhlasan dia sebab ade yang terkesan bagi ira.

apa yang terkesan ? okay .actually banyak yang dia nasihat tapi kt sini ira akan mention 3 sahaja.  yang pertama , berdikari . normal la bagi kita seorang manusia kena berjauhan dengan keluarga. smpai bila nak berdukung je . takkan na tunggu tua baru nak berjauhan . bermula dari sekarang la kita kena belajar untuk berdikari uruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain. macam sekolah . kita datang sekolah untuk belajar disamping kita dapat kenali ramai kawan . begitu juga asrama, kita duduk asrama sebab jarak ke sekolah tak jauh dsamping kita mempraktikkan diri untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada hari yang semalam . tunjuk pada orang lain bahawa kita boleh dan sanggup melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain .

kedua ? yakinkan parents yang kita boleh hidup sendiri supaya bila kita dah meningkat dewasa mereka tak perlu terlalu risau tentang kita . bukan maksud ira mereka takkan kisah langsung tentang kita tapi kerisauan mereka terhadap kita dikreditkan atau dikurangkan. disamping kita dapat kuangkan kebergantugan dengan keluarga. contoh yang simple, dduk asrama mak yang basuhkan baju . tapi bila diasrama kita sendiri yang uruskan since asrama ira memang tiada mesin basuh. hari2 mengadap berus kain ngan sabun basuh baju . hahaa . untuk yang contoh rumit, kita belajar untuk menguruskan kewangan sendiri. takkan sampai ke besar parents yang uruskan semua tu. Merancang kewangan bermakna kita berfikir tentang matlamat hidup kita, mempunyai wawasan dan memperolehi maklumat yang lengkap. ini bermakna kita mengenal pasti kemampuan yang ada serta keupayaan untuk mengembangkan matlamat kehidupan.

Dan yang ketiga, asrama juga mengajar kita untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling seperti memepati masa yang telah ditetapkan. Setiap asrama telah menetapkan masa tidur dan masa mengulangkaji berserta waktu untuk beriadah bersama rakan2 dan paling penting waktu makan . jadi kehidupan kita lebih teratur dan tersusun jika dibandingkan kehidupan dirumah dimana lebih kepada enjoy tanpa perlu memikirkan pembahagian waktu belajar mahupun waktu bermain . sebagai seorang pelajar kita perlu menepati masa yang telah ditetapkan. '' Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. '' ( Surah al-‘Asr, ayat 1 hingga 3) Allah s.w.t telah memperingatkan kita akan kepentingan masa melalui kalamnya iaitu kitab al-Quran. kita semua mengetahui bahawa masa tidak dapat diputar semula . nasihat ira pada awak semua gunalah masa sebaik-baiknya.

Banyak lagi nasihat beliau pada ira, lepas dari hari tu ira cuba untuk tahan  menetap di asrama walaupun homesick teruks dan Alhamdulillah sabar mengatasi segalanya.

     Ira mempunyai ramai kawan yang sama menetap di asrama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan sekarang masing-masing sedang menyambung pengajian demi mencapai impian.


 ( gambaran ketika zaman tingkatan 5 bersama rakan sekelas  dan anak cikgu kami)

kesimpulan dari cerita ira harini manja  bukanlah alasan untuk kita selalu mengharapkan pertolongan orang dan sentiasa bergantung dengan orang lain terutama parents. tetap pendirian ni lebih kurang macam teguh pada satu keadaan atau keputusan.

sekian , ๐Ÿ’ฆ๐Ÿ˜






EPPD1063 aplikasi komputer 2017/2018

Hi asalamualaikum pada semua blog ini ditubuhkan bukanlah hanya untuk suka-suka . tetapi ianya merupakan sebahagian daripada tugas yang per...