Asalamualaikum
kawan-kawan . hi . we meet again right ? okay . kali ini ira nak share tentang
festival mac vintage ukm 2018 . mesti
korang pernah dengar tentang event ni kan ? ape yang menarik tetang event ni ?
event ni adalah event yang pertama diadakan di seluruh IPTA dimana memfokuskan barangan
bundle dan vintage . Ianya dianjurkan oleh skretariat usahawan dibawah kolej Ungku Omar UKM
Bangi dan ira merupakan ahli jawatankuasa Festival Mac Vintage UKM dibawah pos
program. Festival ini berlangsung selama 3 hari pada
2, 3 dan 4 mac 2018 di dataran panggung seni UKM daripada pukul 8 pagi sehingga
12 tengah malam.
Antara
matlamat festival ini ialah memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara
menguruskan program berimpak tinggi dalam bisnes jualan barang vintage dan
pengurusan festival yang besar. Selain itu, dengan festival ini dapat mengubah
pemikiran dan persepsi masyarakat tntang barang-barang vintage kerana ianya
mempunyai nilai estetika yang tinggi dan sebenarnya harganya lebih mahal
dan sukar untuk didapati .Disamping itu,
antara objektifnya ialah memantapkan program pembangunan keusahawanan melalui
aktiviti penyelidikan, perundingan latihan dan khidmat sosial.
Pelaksanaan
manifesto yang memfokuskan aspek keusahawanan telah Berjaya dilaksanakan
melalui penganjuran Festival Mac Vintage UKM 2018 yang dirasmikan oleh pengetua
kolej Ungku Omar , En Nik Hairi Omar . Alhamdulillah , akur janji yang dikotakan
telah ditunaikan.
Dengan
membawa tema jual beli barangan terpakai,Festival Mac Vintage yang diadakan ini
membawa harapan kepada para mahasiswa dan mahasiswi supaya dapat mempelajari
cara untuk menguruskan festival atau program secara teratur serta memperkasakan
ilmu serta pengalaman dalam bidang keusahawanan khususnya bagi mahasiswa
fakulti ekonomi dan pengurusan. Justeru
itu, ira mengaku bahawa telah banyak yang ira pelajari untuk menguruskan
program besar serta selok belok dalam menjana pendapatan melalui program ini.
Program ini
telah mendapat tajaan daripada syarikat Ultraprint, Nestle, Telaga Biru,
Warrior dan sedikit sumbangan daripada pihak kolej dan UKM .
Tipulah
kalau tiada cabaran yang dihadapi. Kami terpaksa mengorbankan sedikit masa cuti
sem selama seminggu untuk berkampung dikolej untuk menyiapkan apa yang patut
dan kami ada membuat ‘’ social work’’ dikawasan Bangi dan Kajang.
Alhammdulillah , ianya disambut dengan baik oleh warga2 Bangi dan Kajang dalam
membantu kami untuk mendapatkan dana.
Walaupun
banyak dugaan yang kami hadapi semasa
pegurusan berjalan tetapi kami tetap membantu satu sama lain dan akhirnya ianya
membuahkan hasil dimana titik peluh kami bukan sahaja titk peluh yang menyuarakan kepenatan
tetapi ianya merupakan hasil kejayaan bersama daripada usaha kami semua. Bak kata pepatah melayu bersusah-susah
dahulu, bersenang-senang kemudian .
dan dalam pepatah arab turut berbunyi ‘’MAN JADDA WAJADA’’ iaitu siapa berusaha dia akan Berjaya. Masa digunakan sehabis baik kerana masa it
umpama pedang jika anda tidak memotongnya maka ia akan memotongmu.
Antara
barangan yang dijual adalah kasut, beg, sunglasses, topi, pakaian dan barangan
hiking yang terdiri daripada pelbagai jenama dari dalam dan luar Negara.
Bagi
pengunjung 1000 terawal telah mendapat
hadiah misteri daripada pihak kami.
Terdapat
juga pelbagai jenis makanan yang dijual disitu semasa program ini dijalankan
seperti kambing grill, satay kebab, kuew teaw dan lain-lain. Malah kami turut
mengadakan cabutan bertuah dan dart game dimana ianya menyediakan hadiah-hadiah
yang sangat lumayan.
Festival ini mendapat sambutan yang memberangsangkan
kerana pengunjungnya bukan sahaja dalam ukm malah turut dihadiri pengunjung
luar yang agak diluar jangkaan . ada yang datang dengan kawan-kawan dan juga ada
yang datang dengan keluarga.
Banyak
manfaat yang ira dapat sepanjang menjalankan festival ini sejurus membantu ira
dalam memikirkan aspek perniagaan serta keusahawan kerana ianya meberi impak
yang besar pada diri ira sebagai pelajar dinawah fakulti ekonomi dan
pengurusan.
Setakat ini sahaja cerita ira pada hari ini.
Just waiting for the next update okay . bye3
Sekian .
No comments:
Post a Comment