Tuesday, 13 March 2018

PENGENALAN DIRI

Hii .. This is my second update , untuk yang pertama sekali ira nak ucapkan terima kasih pada korang yang sudi singgah blog ira. Tujuan blog ni diwujudkan adalah untuk memenuhi keperluan kursus aplikasi komputer dimana saya merupakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dibawah Fakulti ekonomi dan pengurusan tahun 1 sem 2 sesi 2017/2018 sekaligus merupakan mahasiswa dibawah jurusan sarjanamuda ekonomi dengan kepujian .


Myself



Task yang first sekali untuk blog ni adalah pengenalan diri dan sepatutnya first update is my pngenalan diri . tapi sebab ira terlajak borak tentang hostel sampai dah tak jadi nak buat pengenalan diri . terlajak borak k bukan basikal lajak . jadi saya teruskan update yang kedua tentang pengenalan diri.   okay .nak kenal ira tak ? first sekali, nama penuh ira ialah Norshahira Binti Mohd Saman tapi boleh panggil ira sebab member dari tadika sampai la sekarang orang panggil ira. Mula menjejakkan diri di muka bumi ini pada 15/07/1998 bertempatkan Hospital Kuala Pilah Negeri Sembilan. tapi ira tak pandai pon cakap lorat nogoi . sikit2 boleh la. hihi . sebab daripada kecil sampai sekarang stay Pahang . sekarang tahun 2018 jadi umur ira sekarang dah 20 .😍

ira mempunyai 7 orang ahli keluarga dimana bilangannya termasuk mak ayah dan 5 orang adik beradik. ira merupakan anak yang kedua dan mempunyai seorang kakak dan 2 orang adik lelaki serta seorang adik perempuan.
keluarga besar belah mak bersama nenek dan arwah datuk

tingkatan 5
zaman matrikulasi bersama pensyarah akaun kami

kini di UKM bersama rakan satu kos

Bermula dengan sejarah persekolahan pula, Ira merupakan salah seorang pelajar di sekolah kebangsaan Jengka 17 diperingkat sekolah rendah sewaktu berumur 7 hingga 12 tahun . kemudian, ira meneruskan pembelajaran diperingkat sekolah menengah di sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan Chenor dimana pada tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 ira merupakan pelajar aliran agama yang hanya mengambil 9 subjek termasuk Bahasa arab komunikasi kemudian ira meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar di SMKTAAC sehingga tingkatan 5 dengan mengambil jurusan sains akaun. seterusnya, ira ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Pahang (KMPH) jurusan perakauanan selama 10 bulan .dan alhmdulillah ira Berjaya mencapai impian yang terkubur dari kecil lagi untuk menjadi salah seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dimana ira ingin mengikuti jejak idola sejak dari kecil lagi iaitu Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha merupakan angkasawan negera walaupun jurusan beliau jauh sekali berbeza dengan jurusan yang ira ambil sekarang. Ira amat kagum dengan sifat keberaniannya dan beliau mempunyai sifat self confident yang tinggi serta gigih berusaha sehingga beliau berjaya mengharumkan nama Malaysia. semoga suatu hari nanti ira dapat menyumbang sesuatu yang berharga pada Negara tercinta ! MALAYSIA ! πŸ’–πŸ’ƒ



Okay. Pada mulanya ira memang tak tahu sangat apa yang ira akan belajar dalam subjek ekonomi .ira berkenalan dengan ekonomi sejak menjejak kaki ke matrikulasi . Apabila ira belajar dan cuba memahami serta mendalami subjek ekonomi dalam tak sedar minat akan ekonomi mula menyirami  didalam diri sehingga ira membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian ijazah dalam bidang ekonomi .😊

Harapan ira kali ini , ira dapat menghadiahkan segulung ijazah kepada ibu bapa ira sekaligus mencapai kejayaan dalam kerjaya agar suatu hari nanti ira dapat membalas jasa kedua orang tua ira yang tercinta. πŸ‘ͺ they are my only one diamond that I have and I need .πŸ‘΄πŸ‘΅πŸ’–

sekian.πŸ’™πŸ‘ŒπŸ’¦



No comments:

Post a Comment

EPPD1063 aplikasi komputer 2017/2018

Hi asalamualaikum pada semua blog ini ditubuhkan bukanlah hanya untuk suka-suka . tetapi ianya merupakan sebahagian daripada tugas yang per...