untuk kali ni ira nak cerita tentang kehidupan ira di asrama . asramaku syurgaku. cewahhhh . haha .
Ira ni sebenanrnya anak yang kira rapat ngn abah mak jugak . anak manja la kiranya . ni kes homesick la TETAPI disebalik homesick mempuyai kebaikan . Pada pendapat ira, homesick itu normal bagi kita seorang manusia. tipu la tak pernah homesick . yang bezanya level homesick to je. okay ..starting dy gini.. waktu first daftar asrama rasa macam independent dah ni . kononnya . mak ngan abah dah na hntar balik pon xsedih.
Tidak lama kemudian, dalam 2 minggu dah mula nak nangis sebab rindu kt mak dan abah . sebelum ni tak pernah pon bejauhan lama2 dengan parents .thap homesick ira dulu... duduk kt kelas pon teringat , makan pon teringat, paling seksa sekali .. nak tidur pon teringat . haha . tapi itu normal la bagi budak2 yang baru nak menjejakkan kaki kt asrama. tiap2 malam mesti akan call mak guna public phone. ketika itu ,, sejak detik itu .. baru ku menyedari betapa emasnya duit syiling. haha. hari2 cari duit syiling.
satu hari tu ira sedih sangat kan , Ira call mak ira cakap yang ira nak tukar sekolah yang xde asrama . haha . nak satu sekolah ngan kakak . tapi mak abah suruh duduk asrama untuk biasakan diri berdikari. mula2 to taknak , tapi akhirnya akur dengan permintaan ayahanda dan ibunda ku. jadi ira teruskan la duduk asrama .. tapiii . hehe . ira dulu buat syarat. tiap2 petang mak ngan abah kena datang asrama lawat ira kalau tak ira taknak duduk asrama. Mak abah pon akur jugak dengan permintaan anakanda yang tercinta mereka. hihi . maafkan ira menyusahkan makk abah waktu tu . biasa lah baru form 1 kan . mengada sikit .
hari2 dapat jumpa parents bahagia jugak la . xdela homesick sgt tapi perasaan na tukar sekolah to masih bersemadi didalam hati . huhuhuu .One day, ada seorang kakak senior ni jumpa ira. ajak sembang2 kt bilik . ira pon ok je . sembang macam biasa . tiba2 dia bukak cerita pasal homesick ira to . hhaha . nama dia zakirah . tapi orang panggil dia kak kiroh . dia nasihat to memang nampak la keikhlasan dia sebab ade yang terkesan bagi ira.
apa yang terkesan ? okay .actually banyak yang dia nasihat tapi kt sini ira akan mention 3 sahaja. yang pertama , berdikari . normal la bagi kita seorang manusia kena berjauhan dengan keluarga. smpai bila nak berdukung je . takkan na tunggu tua baru nak berjauhan . bermula dari sekarang la kita kena belajar untuk berdikari uruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain. macam sekolah . kita datang sekolah untuk belajar disamping kita dapat kenali ramai kawan . begitu juga asrama, kita duduk asrama sebab jarak ke sekolah tak jauh dsamping kita mempraktikkan diri untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada hari yang semalam . tunjuk pada orang lain bahawa kita boleh dan sanggup melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain .
kedua ? yakinkan parents yang kita boleh hidup sendiri supaya bila kita dah meningkat dewasa mereka tak perlu terlalu risau tentang kita . bukan maksud ira mereka takkan kisah langsung tentang kita tapi kerisauan mereka terhadap kita dikreditkan atau dikurangkan. disamping kita dapat kuangkan kebergantugan dengan keluarga. contoh yang simple, dduk asrama mak yang basuhkan baju . tapi bila diasrama kita sendiri yang uruskan since asrama ira memang tiada mesin basuh. hari2 mengadap berus kain ngan sabun basuh baju . hahaa . untuk yang contoh rumit, kita belajar untuk menguruskan kewangan sendiri. takkan sampai ke besar parents yang uruskan semua tu. Merancang kewangan bermakna kita berfikir tentang matlamat hidup kita, mempunyai wawasan dan memperolehi maklumat yang lengkap. ini bermakna kita mengenal pasti kemampuan yang ada serta keupayaan untuk mengembangkan matlamat kehidupan.
Dan yang ketiga, asrama juga mengajar kita untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling seperti memepati masa yang telah ditetapkan. Setiap asrama telah menetapkan masa tidur dan masa mengulangkaji berserta waktu untuk beriadah bersama rakan2 dan paling penting waktu makan . jadi kehidupan kita lebih teratur dan tersusun jika dibandingkan kehidupan dirumah dimana lebih kepada enjoy tanpa perlu memikirkan pembahagian waktu belajar mahupun waktu bermain . sebagai seorang pelajar kita perlu menepati masa yang telah ditetapkan. '' Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. '' ( Surah al-‘Asr, ayat 1 hingga 3) Allah s.w.t telah memperingatkan kita akan kepentingan masa melalui kalamnya iaitu kitab al-Quran. kita semua mengetahui bahawa masa tidak dapat diputar semula . nasihat ira pada awak semua gunalah masa sebaik-baiknya.
Banyak lagi nasihat beliau pada ira, lepas dari hari tu ira cuba untuk tahan menetap di asrama walaupun homesick teruks dan Alhamdulillah sabar mengatasi segalanya.
kesimpulan dari cerita ira harini manja bukanlah alasan untuk kita selalu mengharapkan pertolongan orang dan sentiasa bergantung dengan orang lain terutama parents. tetap pendirian ni lebih kurang macam teguh pada satu keadaan atau keputusan.
sekian , 💦😏
No comments:
Post a Comment