Hi guys.
😆 Berjumpa lagi kita ya . kali ni ira na cerita tentang program yang ira join semasa sem 1. Pernah dengar
tak Expo Negaraku 2017 ? mesti pernah kan. Okay. Pada 15 november 2017 iaitu
hari rabu ira dan rakan2 ada join lawatan ke Expo Negaraku dimana ia bertempatkan di dataran merdeka , Kuala lumpur.
So hari ni ira akan kongsikan sedikit maklumat yang ira dapat sewaktu lawatan
ini berlangsung.
Suasana pada malam tu sangat2 meriah tak terhingga .😅 kenapa
??? 😱 sebab memang byk manfaat yang ira dapat . bukan itu sahaja . pelbagai jenis
foodtruck boleh kita dapati di situ . ramai pengujung yang turut hadir pada
maam tersebut sejurus langsung memeriahkan lagi suasana expo negaraku 2017.Sebelum ira menerangkan tujuan Expo Negaraku diadakan, adakah anda tahu apa beza negara dan negaraku ? hmm kurang pasti ?? okay lah . pada pendapat ira, negara merupakan suatu organisasi dari rakyat negara tersebut untuk mencapai tujuan bersama dalam sebuah konstitusi yang dijunjung tinggi oleh warga negara tersebut manakala negaraku merupakan suatu wilayah yang mempunyai keutuhan perpaduan masyarakat walaupun rakyat berbilang kaum dimana rakyat saling menghormati agama dan kehormatan masing-masing seperti Malaysia serta mempunyai pemimpin yang bertanggungjawab dimana sentiasa memikirkan kesenangan rakyatnya dan berusaha memajukan negara dan memastikan keamanan negara terus dicapai.👍
Expo
Negaraku ini diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul
Razak merangkap Menteri Kewangan bagi
mempamerkan projek-projek infrastruktur semasa dan masa hadapan yang dirancang
dan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia demi menyediakan kehidupan yang lebih
bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. Menariknya,
kesemua informasi tersebut dipamerkan dalam bentuk interaktif dan informatif.
Setiap pengunjung yang mengujungi Expo
Negaraku pasti akan teruja apabila melihat , mendengar dan merasai sendiri
pelbagai kemudahan yang bakal disediakan. Terdapat pameran berskala besar diadakan
selama sebulan sehingga 15 Disember ini di mana ia menjanjikan pengalaman
baharu buat pengunjung untuk melihat pembangunan infrastruktur negara secara
lebih dekat selain berpeluang berinteraksi dengan pemimpin negara.👥
Paling
menarik bagi ira ialah kubah .😎 Dimana tarikan utama di Expo Negaraku ini ialah
5 buah kubah yang diinspirasikan daripada 5 Rukun Negara ✋ yang merupakan janji dan ikrar kita
kepada Negara. Kubah pertama
ialah Tuah dikongsi bersama dimana ia menayangkan video yang menyelami
kehidupan rakyat Malaysia yang dilimpahi tuah hasil daripada kemajuan
infrastruktur Negara.seterusnya, kubah kedua pula ialah bertemakan kemudahan
infrastruktur. Disini kita akan merasai sendiri segala kemudahan infrastruktur
yang membawa transformasi kepada kehidupan rakyat satu Malaysia. Kubah ketiga
pula bertemakan kehidupan dan kesejahteraan dimana kita dapat melihat testimoni
kelebihan-kelebihan pelbagai program dan inisiatif yang menjanakan pertumbuhan
ekonomi dan menambahbaik tahap kehidupan dan kesejahteraan rakyat.disamping
itu, kubah ke empat pula tentang gaya hidup Malaysia kerana kita akan dapat
melihat panorama Kuala Lumpur dari Menara PNB118,lanskap Pulau Langkawi yang
menakjubkan dari puncak kereta kabel, serta infrastruktur moden sepanjang
Lebuhraya Utara Selatan. Manakala kubah yang terakhir iaitu kelima menerangkan
tentang masa depan gemilang. Ia membawa kita meyaksikan paparan visual 360
darjah mengenai masa hadapan Negara menerusi pembangunan Bandar Malaysia.
Kesimpulannya,bagi ira Expo
Negaraku telah banyak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia
secara langsung mengiringi Malaysia dalam menjadi salah satu Negara yang maju
didunia. SemogaMalaysia akan menjadi Negara yang maju dan berwawasan pada masa
hadapan dan akan menjadi contoh kepada dunia akan keaamanan hidup berbilang
kaum.💗💃
wah informasi yg menarik
ReplyDeleteterima kasih . sama2 kita berkongsi maklumat.
Delete