Monday, 14 May 2018

Kepentingan dalam memilih sahabat


Hi asalamualaikum semua.


Kali ni ira nak ceritakan tentang persabatan dimana seorang pensyarah di UKM dimana merupakan guru yang mengajar dalam kursus ira menceritakan tentang pentingnya kita sebagai seorang pelajar mahupun mahsiswa untuk sentiasa pandai dan berhati-hati dalam memiih rakan kerana ia akan membentuk diri kita juga.




 Ia menyedarkan ira  bahawa setiap pelajar perlu membina rangkaian kawan-kawan baru dan perhubungan dengan rakan sekelas, sekolej dan mereka yang sama dalam berkumpulan. Mereka perlu bijak berkomunikasi dan berinteraksi sesama rakan sebaya dan tidak menjadi katak dibawah tempurung yang tidak tahu perkembangan di kelas, fakulti mahupun Universiti. Pelajar digalakkan menyertai persatuan atau kelab dan tidak mengamalkan sikap anti sosial. Hubungan Interpersonal yang baik dapat menjalin persahabatan dengan ramai rakan baru termasuk pelajar senior selain mencambah minda dan menjadikan mereka lebih positif menghadapi alam baru dalam universiti.




Ira  sedar akan kepentingan memilih rakan kerana ia turut dapat membentuk konsep kendiri yang baik dalam diri saya sebagai seorang pelajar.

Dimana rakan turut memainkan peranan penting membentuk sahsiah dan sikap seseorang mahasiswa dan mahasiswi. Kita biasa mendengar ungkapan ini, kawan mencerminkan siapa diri kita. Sama juga dengan perumpamaan ini, ” andai berkawan dengan penjual wangian, kalaupun kita tidak memakainya kita juga dikatakan berbau wangi, sebaliknya jika kita berkawan dengan pengimpal besi, kalaupun kita tidak melakukan pekerjaan itu, pasti percikan api dan besi terkena pada kita” . Umpamanya kita berkawan dengan rakan yang sangat malas bangun pagi dan sentiasa suka ponteng kelas, mereka juga tidak kisah dimarahi pensyarah jika tidak menyiapkan tugasan, akhirnya kita akan terikut-ikut perangai rakan kita tadi dan rasa selesa kerana ada rakan yang sama tidak kekuliah dan sebagainya. Justeru apa yang ingin dijelaskan disini ialah memilih siapa kawan kita di Universiti adalah perkara yang amat penting.

Kawan yang baik akan menasihatkan dan selalu mengajak ke arah kebaikan. Jika sudah tersalah langkah, seharusnya pelajar memikirkan kesusahan ibu dan ayah yang ada antaranya terpaksa bergolok bergadai demi menghantar anak-anak ke Universiti. Buat pemilihan yang bijak dan tanamkan satu tekad dan azam yang kuat untuk menghabiskan pengajian walau apa pun cabaran yang mereka hadapi di Universiti. Selain pemilihan rakan, adakalanya pelajar menghadapi kesukaran dalam bidang yang mereka pelajari.

Kesimpulannya , sahabat yang baik dapat membentuk konsep kendiri pada diri kita dengan lebih tinggi.

Sekian sahaja . terima kasih sudi luangkan sedikit masa .

No comments:

Post a Comment

EPPD1063 aplikasi komputer 2017/2018

Hi asalamualaikum pada semua blog ini ditubuhkan bukanlah hanya untuk suka-suka . tetapi ianya merupakan sebahagian daripada tugas yang per...