Asalamualaikum rakan-rakan, kakak, abang adik dan atuk nenek sekalian yang dikasihani dan disayangi, kali ni ira nak cerita tentang larian MUR 2017. Kalau korang yang nak diet atau nak amalkan amalan yang sihat bolehlah join aktiviti macam MUR ni atau lebih dikenali sebagai Malaysian United Run.💃
Untuk pengetahuan Korang, pada 18 November 2017, telah berlangsungnya Program Malaysia United Run bertempatkan di Sepang. Pada tahun 2015, program berkenaan mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records (MBOR) apabila merekodkan penyertaan pelajar teramai dalam kempen sukarelawan iaitu membabitkan 17,620 peserta yang menyertai larian amal . Menurut kenyataan IOJ pada tahun 2017, 40,000 peserta daripada 60 universiti awam dan swasta serta orang awam bakal menyertai larian sejauh lima kilometer yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mulai jam 6 pagi.
Berbicara tentang Institut Onn Ja’afar (IOJ) dimana IOJ merupakan sebuah badan bukan kerajaan diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Charles Mohan, yang merupakan seorang personaliti dan bekas editor kanan bilik berita NTV7 IOJ memainkan peranan dalam usaha menyediakan bantuan kepada golongan miskin serta aktiviti kesukarelawan, sekali lagi tampil menganjurkan program Malaysian United Run (RUN) 2017. Larian ini sebagai sokongan kepada usaha IOJ dalam meringankan beban 50 kanak-kanak kurang bernasib baik, miskin serta anak yatim di seluruh Negara dan dana yang diperoleh dan dikumpul dari lebih 20 penaja antaranya Sapura, Techtrend dan Weststar yang mana ia akan diuruskan jawatankuasa dari institusi pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan KDU University College. Larian itu juga turut mendapat sokongan daripada artis terkenal tanahair seperti Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Altimet, dan Dangerdisko yang akan menghiburkan peserta. Pelancaran larian itu akan dirasmikan penaung IOJ merangkap Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Salah satu fungsi IOJ ialah memberi bantuan kemanusiaan dan pemeriksaan kesihatan. Selain itu, kelas tuisyen sementara untuk kanak-kanak miskin turut diberi secara percuma yang akan dijalankan oleh sukarelawan IOJ. Disamping itu , IOJ turut mengumpul dan mengagihkan bantuan dalam bentuk barang keperluan kepada golongan yang terbabit dalam bencana alam dan mengkordinasi dan mengagihkan makanan melalui program pendermaan makanan serta memobilisasikan sukarelawan IOJ.
Selain daripada program MUR ini, IOJ telah melakukan banyak program khidmat masyarakat seperti program Jom Bekpes, kempen Jom Sahur, Jom Raya dan Malaysian United Run 2015 serta misi membantu mangsa banjir.💦
Selain dari IOJ , Sahabat Alam Malaysia (SAM) juga merupakan salah satu agensi NGO dimana ia merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1977. Menyertai Friends of the Earth International (FOEI) sejak 1983. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam yang diamanahkan dan dianugerahkan Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan, kemajuan dan kemodenan serta membela hak masyarakat akar umbi yang terkesan akibat-aktiviti ini.Usaha SAM sedikit sebanyak telah membela nasib mereka yang tertindas akibat perlakuan pihak tidak bertanggungjawab yang sering kali menggunakan alasan pembangunan,kemajuan dan kemodenan tetapi tidak mengendahkan akibat perlakuan mereka yang tidak mesra alam.Hal ini demikian kerana pihak terbabit hanya mahu keuntungan semata-mata tanpa mengira kepentingan alam sekitar.

Kesimpulannya,aktviti MUR ini telah memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam memberi kerjasama antara satu sama lain dan IOJ akan menyumbang RM250,000 daripada dana yang dikumpul pada program itu kepada 50 kanak-kanak kurang bernasib baik yang terpilih, bagi menampung perbelanjaan pendidikan mereka selama setahun.
Sekian cerita pada kali ini. 💙
Terims kasih sudi singgah blog ira. 😊💦
Sekian cerita pada kali ini. 💙
Terims kasih sudi singgah blog ira. 😊💦
No comments:
Post a Comment