Hi , asalamualaikum. ✋
Lama tak update blog rasanya. Kali ni ira na cerita tentang aktiviti skytrex bersama
mahasiswa Kuala Krau pada 16 dan 17 mac 2018 iaitu pada hari jumaat dan sabtu
bertempatkan Skytrex Shah Alam. Skytrex Adventure Shah Alam adalah yang
pertama seumpamanya di Malaysia, dari pokok ke pokok, pengalaman bergayut, dan
meluncur pada pelbagai halangan di udara ini yang akan memberikan kepuasan
kepada diri kita. Program yang ira ikuti kali ini Iainya merupakan program
dibawah mahasiswa Kuala Krau yang dinamakan retreat Kuala Krau.
Pada hari pertama iaitu pada 16 Mac 2018 , kami berkumpul di
Skytrex Shah Alam bagi memastikan kehadiran peserta . waktu tu ira memang tak
kenal sesiapa sebab wakil UKM ada 3 orang tetapi ira memang tak kenal sebab ira
ke Skytrex to dengan abang Taufiq dan Kak Bella daripada UIA. Waktu daftar tu
ira ‘’ awkward ” sikit sebab tak kenal . time tengah daftar tu la ira baru
dapat kawan daripada UITM , UNIMAP, UMP, KUPTM, UTM dan UNIMAS. Antara rakan
yang rapat namanya Farah , Nissa dan Aida. Kami bergerak ke kawasan aktiviti
menaiki bas yang disediakan.
Sebelum aktiviti dimulakan , kami menunggu kehadiran Dato'
Haji Ismail Mohamed Said yang merupakan ahi parlimen Kuala Krau untuk
perasmian. Kemeriahan program ini turut dirasai
dengan kehadiran Beliau beserta ucapan yang turut memberikan kami semangat
dalam menjayakan program ini serta membangkitkan kami dalam melahirkan
sifat kepimpinan seperti Beliau.
Setelah perasmian, kami memulakan aktiviti dengan memakai
sut keselamatan yang disediakan oleh pihak Skytrex. Kemudian penerangan tentang
aktiviti dan aspek keselamatan dilanjutkan setelah pemakaian sut selesai.
Kemudian diteruskan lagi dengan aktiviti yang pertama iaitu climbing dan flying
fox dimana ianya diterangkan oleh pekerja SKytrex.
Bagi ira aktiviti yang paling mencabar ialah zig zag plank
bridge dimana ketinggiannya adalah 17 meter . ira ni takde la gayat sangat tapi
waktu to memang gayat gila . kalau boleh taknak pon pandang bawah tapi terpaksa
jugak pandang nak tengok langkah kaki. Bagi mereka yang tak suka cabaran jangan
try nanti kat atas tu jugak korang pengsan . hehe. Gurau je. Cuba la. Sebab
seronok sangat . kalau flying fox to pon best jugak . rasanya macam da pandai
terbang walaupun tanpa sayap. Hehe.👻💃
Lepas selesai je aktiviti ni, ira dan rakan-rakan bergambar
bersama-sama. Kawasannya sangat cantik. Kalau korang tak pernah pergi . I think
u should pergi dan nikmati keindahan alam . ❤kemudahan awam kt situ pon okay je.
Nak sewa almari pon murah je.
Bagi yang berminat nak pergi ke Skytrex Shah
boleh tengok list harga kat bawah ni dan waktu beroperasi pada hari sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Cuti
yang dipilih sahaja) paling awal bermula pukul 8:30 AM dan paling lewat pukul 3:00PM :-
Harga Skytrex
Adventure Shah Alam
Litar
|
Little
Adventure
|
Big
Thrill
|
Extreme
Challenge
|
Harga
|
RM 35
|
RM 45
|
RM 55
|
Tahap
Kesusahan
|
Beginner
|
Intermediate
|
Advanced
|
Okay.aktiviti dianggarkan selesai pada pukul 5:30pm macam to. Selepas itu, kami bergerak ke Homestay untuk bersiap bagi aktiviti seterusnya dimana ianya merupakan dinner antara mahasiswa dan mahasiswi Kuala Krau beserta dengan ucapan daripada ketua program iaitu abang Taufiq.
Pada keesokan harinya pula, kami berkumpul untuk makan tengahari sebelum balik ke rumah masing-masing.
apa yang boleh ira boleh katakan, banyak manfaat yang ira dapati daripada program ini dimana ia melahirkan sifat keberanian dalam diri untuk menempuh cabaran yang agak mencabar bahkan dapat menambah lebih ramai kenalan serta menanmbahkan keyakinan dalam diri .
Sekian cerita ira pada kali ini, nanti ira akan update lagi.Terima sudi singgah blog ira .💦
No comments:
Post a Comment