Saturday, 26 May 2018

cabaran pada sem kali ini


Asalamualaikum kepada kalian semua,
Bertemu kembali dengan saya . ada kali ini ira nak menceritakan tentang kehidupan dan cabaran yang ira lalui pada sem ni.
 Ira tidak nafikan bahawa sem ni memang subjek yang ira ambil sangat mencabar dan terlalu banyak tetapi ira sangat terkilan sebab tak dapat ambil subjek math sem ni walaupun dah cuba untuk daftar manual tetapi tidak diterima sebab dah terlalu ramai yang daftar manual tapi ada kelas yang “ AVAILALE “ tapinya hari jumaat jadi ira tak boleh ambil sebab jumaat dah penuh dari pagi hingga petang. Im so sad.  Mungkin orang Nampak mende ni biasa je . normal ah. Ira sangat-sangat terkilan sebab math sangat-sangat berkait rapat dengan mikroekonomi 1 dan math juga merupakan subjek favourite ira dari dulu lagi . mungkin ada hikmah kenapa ira tak dapat daftar subjek tu .
Pada sem lepas, paling menguji kesabaran dan keimanan ialah dimana minggu midterm tengah berperang ira patah jari pada jari kelingking ketika bermain bola jaring bersama belia untuk perlawanan yang kami sertai. Menangis sebak semua ada sebab jari yang patah tu ialah belah kiri dan ira sebenarnya kidal. Sangat ujian dan susah untuk ira nak ulangkaji bagi subjek mengira dan seksa untuk menjawab ujian bertulis. Ira dapat cuti sakit selama sebulan tetapi ira pilih untuk teruskan belajar sebab takut lost apa yang kita belajar.
Pada hujung sem ni menjelang final, ira telah kehilangan tokwan ira iaitu datuk , bapa kepada mak ira. Tokwan ira sakit yang hospital sendiri tak dapat detect sakit apa. Selama 4 bulan tokwan ira terseksa tak dapat tidur dengan lena. Ira selalu balik kampung jenguk tokwan bila ada hari minggu yang  lapang. Bila bulan yang ke-4 tokwan ira dah terlalu kritikal sehingga tidak boleh berjalan seperti sedia kala, kami bawa ke hospital yang lain dan dapati bahawa tokwan ira rupanya dah kanser paru-paru tahap 4 dan otak tokwan bengkak teruk. =’( kami semua terkejut dalam masa 4 bulan je .
Kesedihan yang teramat sangat bila berita tu sampai. Tetapi kami semua masih berharap agar tokwan dapat pulih kembali sedia kala.

Pada 28 april, ira dengan kawan-kawan ira datang melawat tokwan dekat hospital.bahagia campur sedih dua-dua ada . berkecamuk semua perasaan. Bila mana ira sampai, pakta dengan tok je yang ada sebab semalamnya semua dah datang . bergilir-gilir  mak dan ayah sedara menjaga tokwan dihospital  tiada putus.  Bila ira urut-urut tokwan , tokwan macam pelik tengok ira dan ayat yang ira tak boleh lupa dan sebak sangat bila teringat “ awak siapa ? “ ya Allah . berdentum jantung . sebak menahan air mata . ira taknak tokwan nampak ira sedih . ira cuba mnjawab soalannya “ ni ira, cucu tokwan “ . tokwan hanya mengangguk sebab ira tahu ingatan tokwan dah tak sekuat dulu. ira faham . 

  Kami beransur pulang ke kolej pada pukul 5 petang. Dan itu merupakan salam terakhir ira dengan tokwan.

Mengimbas semula kenangan,

 Waktu kecil , ira pernah tinggal dengan tok dan tokwan tetapi tak lama. Waktu tu tokwan selalu bawak ira ronde kampung, ikut dia mengopi petang-petang dengan kawannya. Bila tokwan dan tok tahu keluarga kami balik kampung mesti carikan betik untuk kami .kalau musim durian mesti aka nada durian kat kampung. Bila tokwan Nampak cucunya tidur tanpa selimut mesti tokwan yang akan carikan selimut dan hamparkan selimut dengan lembut agar kami tak terjaga. Rutin tokwan hari isnin mesti duduk depan tv tengok cerita kungfu . tetapi itu semua kenangan. Kenangan yang kami sematkan dalam diri.

 Pada 30 april, 730am. Kami telah diberitahu bahawa tokwan telah kembali ke rahmatullah. Jantung luluh bagaikan disambar petir. Dan pada pagi tu juga ira ada ujian untuk subjek acade,ic communication pada pukul 8 pagi. Ira cuba jawab sehabis awal dan pulang kekampung.

Di sini , ira nak nasihat . pada yang masih mempunyai  ayah ibu atok nenek , hargailah selagi mereka masih ada. Penyesalan tiada guna apabila mereka sudah tiada.

Diksempatan ini, ira mohon pada yang membaca blog ini untuk sedekahkan alfatihah kepada arwah tokwan ira (datuk ) dan semoga tokwan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

terima kasih tokwan atas segalanya.

Alfatihah

Sekian.

Thursday, 17 May 2018

semangatkan diri dalam mencapai apa yang kita inginkan

hi asalamualaikum dan salam sejahtera.

pada hari ini bertarikhkan 18 may 2018 telah keluarnya keputusan pengkhususan bagi mahasiswa di fakulti ekonomi dan perniagaan tahun 1 sesi 17/18 . sebelum ini kami hanya memilih subjek major sebelum pengkhususan . Setelah mengetahui peritnya sem 1 dan sem 2 kami menyedari kos apa yang kami perlu ambil.

Saya telah memilih kos ekonometrik dan statistik gunaan sebagai pilihan pertama dalam pengkhususan kemudian pilihan kedua ialah ekonomi monetari dan fiskal dan pilihan yang terakhir ialah ekonomi pembanggunan dan sumber manusia. syukur kehadrat ilahi , saya telah berjaya untuk mendapatkan kos yang saya inginkan dan dalam pada masa yang sama telah membakar semangat saya untuk lebih berjuang sebagai mahasiswa kerana ianya merupakan motivasi dari segi dorongan untuk lebih bersungguh-sungguh mendapatkan keputusan yang terbaik menjelang peperiksaan akhir bagi sem2 .

kadang-kadang sejenak terfikir dalam hati . mampukah aku ? kerana kos yang saya ambil sekarang merupakan kos yang paling mencabar . dimana semangaT YANG TADI ? Justeru itu di sini, saya mahu berkongsi sedikit cara untuk meningkatkan semangat diri untuk lebih berjaya disamping memerlukan dorongan ibubapa, pensyarah dan rakan-rakan serta keluarga.

1. Potensi diri

Dalam usaha untuk berjaya dalam apa-apa bidang, anda perlu sedar bahawa anda mempunyai potensi untuk mencapai matlamat anda.Sebagai contoh, jika anda mahu menjadi atlet sukan seperti Datuk Lee Chong Wei tetapi tidak mempunyai kebolehan bermain badminton, mencapai kejayaan dalam bidang ini adalah sesuatu yang tidak mungkin.
2. Mempunyai Keinginan Yang Kuat

Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda. 
3.ketahui arah tuju
Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari.Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil pada pandangan manusia normal.
.4.Berani mengharungi cabaran
Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.
 dengan cara ini saya berharap kepada semua pembaca blog ini akan meningkatkan semangat diri dan sentiasa tidak berputus asa dalam mencapai yang kamu semua inginkan 
tiada apa yang mustahil jika kamu menujukkan usaha yang bersungguh.
sekian

Monday, 14 May 2018

ICAF UKM 2018


hi asalamualaikum . 

kali ini ira nak menceritakan tentang ICAF UKM serba sedikit.

Pada 23 april 2018 telah berlangsungnya malam kemuncak  ICAF  bermula pada pukul 830 malam di Auditarium Siswa. Pada malam tersebut diadakan pertandingan Mpop diantara kolej. Malam tersebut turut merupakan malam peyanampaian hadiah yang telah diadakan sepanjang 14 sehingga 23 april 2018 sebanyak 6 acara iaitu Pertandingan poster,Battle of The Band, nyanyian lagu keroncong, tarian kreasi lagu-lagu rakyat,monolog dan pertandingan lagu Mpop. 



Sebelum malam kejadian , peserta mpop telah melakukan latihan sebelum pertandingan daripada pukul 2 sehingga pukul 7. Kemudian , pada pukul 8 adalah waktu untuk pengunjung daftar masuk ke audotarium.

 Pertandingan tersebut adalah antara kolej-kolej universiti Kebangsaan Malaysia dan dibawah telah disenarai pendek kolej yang bertanding, tajuk lagu yang dibawa berserta props:-



No
Nama Kolej
Tajuk Lagu
Props
1
Kolej kris mas
Sedetik lebih –Anuar Zain
Penari(1), serpihan Kabus
2
Kolej Dato Onn
Hatiku Milikmu-Nera
Kerusi , meja, patung mannequin, laptop
3
Kolej Rahim Kajai
Zalikha-floor 88
penari (6 orang)
4
Kolej Tun Hussein Onn
Percayalah – Indah Ruhaila
Kerusi, pemain gitar
5
Kolej Aminuddin Baki
Diamaran mama - Hazama
Bongkah (5), stick(5) , tongkat (1), penari (9)
6
Kolej Ibrahim Yaakob
Segala Perasaan – Siti Nurhaliza
Penari (1)
7
Kolej Borhanuddin Helmi
Nakal – Ayda Jebat
Penari (4)
8
Kolej Tun syed Nasir
Bisikan – siti Nurhaliza
Kerusi(1), pelakon(1), payung (1)
9
Kolej Tun Dr Ismail
Biarlah Rahsia – Siti Nurhaliza
tiada

                                                                                                                                

Seterusnya, bagi pertandingan poster telah dimenangi oleh kolej Tun Hussein Onn, pertandingan Battle of The Band dijuarai oleh Kolej Keris Mas, dan pertandingan Mpop dimenangi oleh Kolej Tun Dr Ismail. Disamping itu, pertandingan lagu keroncong, pertandingan kreasi lagu-lagu rakyat dan monolog, gelaran juara telah dirangkul oleh kolej Rahim Kajai seterusnya dinobatkan sebagai kolej kesenian 2018.

sekian sahaja perkongsian pada hari ini.

Pantun Tradisi turun-menurun dalam merisik

  Hi asalamualaikum korang. Kali ni ira nak tunjuk sikit pantun-pantun yang biasa digunakan dalam merisik dan meminang kerana ianya merupakan adat melayu sejak turun temurun lagi .nak tahu ? jom sama-sama teroka maklumat dibawah.



Niat Datang



Sudah lama langsatnya condong,

      Barulah kini batangnya rebah.

Sudah lama niat di kandung,

      Baru sekarang diizinkan Allah.



Dari Pauh singgah Permatang,

      Singgah merapat papan kemudi.

Dari jauh saya datang,

      Kerana tuan yang baik budi.



Bukan tekat sebarang tekat,

      Tekat menjadi hiasan kain.

Bukan hajat sebarang hajat,

      Hajat merasmikan nikah kahwin.



Orang membelat di tepi pantai,

      Banyak dapat ikan tembakul.

Yang kami hajat sudah tercapai,

      Yang kami doakan sudah terkabul.







Sambutan Baik



Kalau gugur buah setandan,

      Sampai ke tanah baru tergolek.

Kami bersyukur kepada Tuhan,

      Datang kami disambut baik





Pantun Merisik

Tinggi-tinggi si matahari,

      Anak kerbau mati tertambat.

Sudah lama kami mencari,

      Baru sekarang kami mendapat.



Raja Hindu raja di Sailan,

      Singgah berenang di persiraman.

Bagai pungguk rindukan bulan,

      Kumbang merindu bunga di taman.

Cenderawasih burung yang sakti,

      Singgah hinggap di atas karang.

Kasih berputik di dalam hati,

      Dari dahulu sampai sekarang.



Singgah berenang di persiraman,

      Mayang terendam di dalam tasik.

Kumbang merindu bunga di taman,

      Bintang merindu cenderawasih.

Kemudian , setelah risikan diterima. Pantun mengenang budi juga turut diberi.



Mengenang Budi



Sebuah kendi warna kencana,

      Di atas kain kesumba murup.

Sepantun budi kami terima,

      Menjadi kenangan seumur hldup.



Tenang-tenang air di laut,

      Sampan kolek mudik ke tanjung.

Hati terkenang mulut menyebut,

      Budi baik rasa nak junjung.



Tanam legundi tumbuh kelapa,

      Terbit bunga pucuk mati.

Budi tuan kami tak lupa,

      Sudah terpaku di dalam hati.



Sarat perahu muatan pinang,

      Singgah berlabuh di Kuala Daik

Budi jahat lagi dikenang,

      Inikan pula budi yang Baik.


Pagi hari tanam selasih,

      Pergi ke teluk menarah papan.

Bila terkenang budi dan kasih,

      Nasi sesenduk tidak termakan.



Tanam pisang tanam ubi,

      Ubi ditanam buat batas.

Banyak tuan bertanam budi,

      Dalam ingatan hendak dibalas.



Pergi ke sawah menanam padi,

      Anak kecil bermain mayang.

Sungguh tinggi harga budi,

      Dibalas dengan kasih sayang.





Kesimpulan daripada pantun ini ditulis didalam blog saya adalah saya mengharap anak muda kini akan tetap mewarisi adat melayu dan kekalkan sehingga ke anak cucu agar adat ini tidak ditenggelami zaman.

Sekian dari ira .

 

Format laporan bahgian B tahap UPSR


Asalamualaikum , peperiksaan UPSR semakin dekat. Pada kali ni ira nak bantu adik-adik COMEL kita yang bakal memduduki UPSR  tidak lama lagi untuk mengetahui cara menjawab atau format penulisan dalam bentuk laporan.  Jom cemerlang UPSR dalam bahasa melayu. Ni adalah format laporan yang adik-adik boleh guna. Soalan ini untuk soalan bahagian B.



LAPORAN



i.              Karangan ini bertujuan melaporkan sesuatu perkara ataupun peristiwa yang berlaku.



ii.             Karangan jenis ini biasanya meminta anda melaporkan kegiatan persatuan, lawatan, pameran, pesta, Hari Penyampaian Hadiah, dan sebagainya.



iii.            Untuk menulis karangan jenis ini, pastikan bahawa anda benar – benar mengetahui perkara ataupun peristiwa yang hendak dilaporkan itu.



iv.            Laporan yang ditulis mestilah berdasarkan kenyataan yang benar – benar berlaku.



v.             Karangan jenis ini ialah karangan yang berformat khusus.



CONTOH  :        SUKAN TAHUNAN SEKOLAH





LAPORAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH



            Pada 16 Disember 2004, Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, telah mengadakan Sukan Tahunan kali ke 14. Kejohanan sukan itu berjalan dengan begitu lancar sekali.



            Sebelum acara olahraga dimulakan, majlis perasmian telah diadakan. Semua peserta dari setiap rumah beratur mengikut rumah masing – masing. Mereka mengadakan acara perbarisan. Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Adun Kawasan Sri Petaling, Yang Berhormat Datuk Choon Soon Kiat.



            Selepas itu, acara sukan bermula. Ada acara olahraga seperti acara lumba lari 100 meter, 200 meter, lompat jauh, lompat tinggi, dan melontar peluru. Untuk pelajar tahun sati, dua dan tiga diadakan acara sukaneka seperti meniup belon, lari dalam guni, lari bawa bola pingpong dan sebagainya.



            Setiap pemenang mendapat hadiah masing – masing. Pemenang pertama mendapat pingat emas, manakala tempat kedua mendapat pingat perak, dan ketiga mendapat pingat gangsa. Hadiah – hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG. Semua murid yang hadir bertepuk tangan tanda gembira.



            Semasa acara penutup, olahragawan dan olahragawati sekolah telah diumumkan. Anugerah ini telah disandang oleh Hishamuddin dan Hezra Eryana. Manakala juara keseluruhan acara sukan tahunan ini telah dimenangi oleh Rumah Helang.



            Lebih kurang pukul 6.00 petang acara sukan pun tamat. Murid – murid berasa begitu gembira.









Di sediakan oleh,                                                                      23 Disember 2017





Haslah Salleh



(HASLAH BIN SALLEH)

Setiausaha Sukan,

Sekolah Kebangsaan Sri Petaling.







CONTOH  :        KEGIATAN TAHUNAN PERSATUAN





LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN MATEMATIK



Guru Penasihat              :           Encik Khalid bin Sulong

                                                Encik Adnan bin Jabi

Pengerusi                     :           Fajar Riza binti Mohd. Ripin

Setiausaha                    :           Azila binti Mokthar

Bendahari                     :           Hasliza binti Ishak

Ahli Jawatankuasa         :           Azmi bin Alias

                                                Devan A/L Aragena

                                                Mariam binti Ahmad



            Persatuan Matematik Sekolah Rendah Kelana Jaya (I) ditubuhkan pada tahun 1990. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik.



            Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2004. Kegiatan pertama, yang kami jalankan ialah “Pertandingan Menghafal Sifir”. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan.



            Selain itu, kami turut mengadakan gotong – royong membersihkan kawasan sekolah. Kami telah memperindahkan kawasan taman sekolah dengan menanam pokok – pokok bunga. Aktiviti ini dijalankan dengan usaha sama Persatuan Sains.



            Pada cuti semesta satu persekolahan, kami telah mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat, Perlis. Sebagai hasil lawatan, kami banyak memperoleh pengetahuan tentang penyelidikan yang telah dijalankan.



            Pada keseluruhan, kami berpuas hati dengan kegiatan – kegiatan yang kami jalankan. Kami berterima kasih kepada guru penasihat yang banyak membimbing kami.







Disediakan oleh,                                                                                   22 Mac 2018





Rozila Rakimi

(ROZILA BTE RAKIMI)

Setiausaha Persatuan Matematik,

Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (1)    







            Harap sedikit sebanyak membantu. Sekian sahaja daripada kak ira. GOODLUCK UPSR !





Kepentingan dalam memilih sahabat


Hi asalamualaikum semua.


Kali ni ira nak ceritakan tentang persabatan dimana seorang pensyarah di UKM dimana merupakan guru yang mengajar dalam kursus ira menceritakan tentang pentingnya kita sebagai seorang pelajar mahupun mahsiswa untuk sentiasa pandai dan berhati-hati dalam memiih rakan kerana ia akan membentuk diri kita juga.




 Ia menyedarkan ira  bahawa setiap pelajar perlu membina rangkaian kawan-kawan baru dan perhubungan dengan rakan sekelas, sekolej dan mereka yang sama dalam berkumpulan. Mereka perlu bijak berkomunikasi dan berinteraksi sesama rakan sebaya dan tidak menjadi katak dibawah tempurung yang tidak tahu perkembangan di kelas, fakulti mahupun Universiti. Pelajar digalakkan menyertai persatuan atau kelab dan tidak mengamalkan sikap anti sosial. Hubungan Interpersonal yang baik dapat menjalin persahabatan dengan ramai rakan baru termasuk pelajar senior selain mencambah minda dan menjadikan mereka lebih positif menghadapi alam baru dalam universiti.




Ira  sedar akan kepentingan memilih rakan kerana ia turut dapat membentuk konsep kendiri yang baik dalam diri saya sebagai seorang pelajar.

Dimana rakan turut memainkan peranan penting membentuk sahsiah dan sikap seseorang mahasiswa dan mahasiswi. Kita biasa mendengar ungkapan ini, kawan mencerminkan siapa diri kita. Sama juga dengan perumpamaan ini, ” andai berkawan dengan penjual wangian, kalaupun kita tidak memakainya kita juga dikatakan berbau wangi, sebaliknya jika kita berkawan dengan pengimpal besi, kalaupun kita tidak melakukan pekerjaan itu, pasti percikan api dan besi terkena pada kita” . Umpamanya kita berkawan dengan rakan yang sangat malas bangun pagi dan sentiasa suka ponteng kelas, mereka juga tidak kisah dimarahi pensyarah jika tidak menyiapkan tugasan, akhirnya kita akan terikut-ikut perangai rakan kita tadi dan rasa selesa kerana ada rakan yang sama tidak kekuliah dan sebagainya. Justeru apa yang ingin dijelaskan disini ialah memilih siapa kawan kita di Universiti adalah perkara yang amat penting.

Kawan yang baik akan menasihatkan dan selalu mengajak ke arah kebaikan. Jika sudah tersalah langkah, seharusnya pelajar memikirkan kesusahan ibu dan ayah yang ada antaranya terpaksa bergolok bergadai demi menghantar anak-anak ke Universiti. Buat pemilihan yang bijak dan tanamkan satu tekad dan azam yang kuat untuk menghabiskan pengajian walau apa pun cabaran yang mereka hadapi di Universiti. Selain pemilihan rakan, adakalanya pelajar menghadapi kesukaran dalam bidang yang mereka pelajari.

Kesimpulannya , sahabat yang baik dapat membentuk konsep kendiri pada diri kita dengan lebih tinggi.

Sekian sahaja . terima kasih sudi luangkan sedikit masa .

Karnival Citra Seni UKM 2018


Hi asalamualaikum semua. Rindu tak nak dengar celoteh ira. Kali ni ira mahu bercerita tentang karnival citra seni UKM yang telah berlangsung di dataran panggung seni UKM pada 4 Mei 2018. Bermula pada pukul 9 pagi sehingga 11 malam.


Pada 4 mei. Di dataran panggung seni turut menyediakan “ food Truck” untuk pengunjung santai bersama makanan dan minuman sambil menonton persembahan dan pertandingan yang diuruskan.

 Pada awal pagi iaitu pukul 8:30 pagi, senam seni telah dilakukan di dataran panggung seni UKM dimana ianya diuruskan oleh pelajar citra tari. Sambutan adalah seperti yang dianggarkan dan sangat meriah. Ianya berlangsung sehingga pukul 9:00 pagi. Kemudian diteruskan lagi dengan melaksanakan bengkel tarian zapin bersama-sama pelajar tadika dan juga taska sehingga pukul 1030 pagi. Kegembiraan terserlah di wajah anak-anak kecil semasa bengkel ini dijalankan. Seterusnya aktiviti yang disambung ialah persembahan daripada pelajar-pelajar citra seni  sehingga pukul 12 tengahari.

Antara persembahan yang dilakukan ialah dua teater yang dipersembahkan oleh pelajar teater Seni Lakon dan teater Bangsawan, koir dan silap mata yang dipersembahkan oleh pelajar citra Silap Mata. Kemudian, sambung semula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 5:00 petang.

  Diteruskan lagi dengan pertandingan nyanyian solo terbuka dimana pesertanya bukan sahaja peserta dari UKM malah peserta luar turut sertai dalam pertandingan tersebut. Terdapat 10 buah lagu yang disampaikan oleh peserta-peserta antaranya gelombang cinta, sedalam dalam rindu, madah berhelah, syair laila majnun, potret monalisa, derita cinta, gelisah mimpi, pelamin anganku musnah, dan sedetik lebih.

Selepas itu, penyampaian saguhati kepada semua peserta yang terlibat dan penyampaian hadiah kepada pemenang dimana dijuarai oleh encik Muhd Muzni yang membawa lagu syair laila majnun. Pada jam 630 petang sehingga 830 malam persiapan raptai demonstrasi seni pertahankan diri . 830 malam nyanyian negaraku dan varsiti kita seterusnya bermulalah malam ambang citra seni 2018 dimana membawa pelbagai  persembahan oleh pelajar-pelajar citra yang terlibat. Saya turut membuat persembahan mewakili kelas citra muzik klasik membawa lagu " yesterday " .Antara persembahan yang dipersembahkan ialah kertuk rebana, gamelan , tarian, dikir barat, silat gayung Mas, silat cekak ,fatani, hanafi dan gendang silat serta kompang. Penutup majlis flashmob Aku Negaraku.


Kian sahaja cerita saya pada hari ini . terima kasih .

amalan atau cara menjadi keluarga bahagia


Hai asalamualaikum, pada kali ini ira nak cerita tentang keluarga bahagia. Alhamdulillah keluarga ira sentiasa bahagia walaupun kadang-kadang adik beradik bergaduh gedik-gedik macam to tapi itu lah yang akan buat kita menangis kerinduan bila kita semakin berjauhan semakin meningkat dewasa. Kami ibarat air dicincang tak akan putus dan ira sangat bersyukur kerana kebahagiaan keluarga merupakan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita semua.


            Ira percaya keluarga awak semua pon macam keluarga ira, tipu lah cakap tak pernah gaduh . kan??? Hehe . itu biasa . okay jom fokus pada isi huraian yang ira nak sampaikan 5 isi penting iaitu tentang  amalan atau cara menjadi keluarga bahagia pada yang baru mendirikan masjid.



1.      Pasang doa untuk menjadi suami/isteri yang terbaik kerana tanpa berniat atau berdoa korang takkan mungkin menjadi suami/isteri yang cemerlang. Apa-apa kejayaan adalah sentiasa bermula dengan niat yang baik. Ira pon insyaa Allah akan berniat dulu kalau nak buat sesuatu jadinya macam to juga dengan alam perkahwinan , apa-apa mesti dahulukan niat yang baik dan sentiasa berusaha untuk mencapai keluarga yang bahagia kelak.



2.      Kita juga perlu sentiasa bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakin lah bahawa isteri korang (WAHAI KAUM LELAKI) adalah pasangan yang terbaik dikurniakan oleh Allah untuk korang. Ketentuan TUhan adalah yang terbaik. Pada mana-mana yang mempunyai pasangan hargai lah dan sayangi lah serta bersyukur keran tak semua dari kita mempunyai pasangan hidup walaupun sudah berumur walaupun berkerjaya dan walau setampan mana kerana jodoh telah ditentukan oleh Tuhan. Hargailah dan sayangilah pasangan hidup korang . okay ?



3.      Untuk pengetahuan lelaki, Suami yang mithali menjadi kebanggaan isteri. Ira tak tipu sebab ira pon mengharapkan menda yang sama dimana ia akan menambahkan lagi eratan silaturahim tapi kalau ketentuan dengan orang biasa-biasa pon ira bersyukur sebab I believe ketentuan Allah itu adalah yang terbaik . . Same goes dengan lelaki mmesti mengharapkan dapat isteri yang solehah. Jadi kepada mana-mana lelaki atau wanita yang mahu kan pasangan yang terbaik dimana kita perlu membentuk sifat positif dan istimewa dan cuba renungkan amalan atau sifat apa yang isteri atau suami kalian banggakan which is “ im proud to have you “.



4.      Yang ni pon penting . apa dia ? pastikan korang ada masa untuk berbual dengan pasangan korang walau sesibuk manapun. Jangan lah 5 minit je brcakap sehari to pon Tanya makan da siap ke , baju dah iron ke  . aduhh kesian isteri korang. Macam mana nak bahagia kalau setakat berborak macam to. Maksud ira korang kena bagi perhatian sebab perempuan ni amat suka dibelai , dimanja dan diberi perhatian. Takpun puji lah isteri cantik walaupun dia Cuma pakai tudung bawak noreh getah . hehe . tips ni tips .



5.      Untuk yang terakhir ni amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati mana yang patut semasa makan tapi makan to habiskan dulu yang kat mulut. Tahu tak kenapa makan bersama dapat membina keluarga bahagia ? kerana amalan ini aka menarik hidayat TUhan dan mengeratkan hunugan silaturahim .tapi elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. Contohnya berbual tentang zouk ke  kan . upss . tak pun cerita tentang aib orang . JANGAN SESEKALI .! petua mana ajar korang membawang masa makan . tak baik . jangan . jangan .



Okay.mungkin itu dahulu untuk kali ini. Ira harap serba sedikit mampu memberi manfaat kepada korang semua. Salam satu Mlaysia , salam keluarga bahagia =*



EPPD1063 aplikasi komputer 2017/2018

Hi asalamualaikum pada semua blog ini ditubuhkan bukanlah hanya untuk suka-suka . tetapi ianya merupakan sebahagian daripada tugas yang per...