Hai asalamualaikum, pada kali ini ira nak cerita tentang
keluarga bahagia. Alhamdulillah keluarga ira sentiasa bahagia walaupun
kadang-kadang adik beradik bergaduh gedik-gedik macam to tapi itu lah yang akan
buat kita menangis kerinduan bila kita semakin berjauhan semakin meningkat
dewasa. Kami ibarat air dicincang tak akan putus dan ira sangat bersyukur
kerana kebahagiaan keluarga merupakan nikmat yang telah Allah berikan kepada
kita semua.
Ira percaya
keluarga awak semua pon macam keluarga ira, tipu lah cakap tak pernah gaduh .
kan??? Hehe . itu biasa . okay jom fokus pada isi huraian yang ira nak
sampaikan 5 isi penting iaitu tentang amalan
atau cara menjadi keluarga bahagia pada yang baru mendirikan masjid.
1.
Pasang doa untuk menjadi suami/isteri yang terbaik
kerana tanpa berniat atau berdoa korang takkan mungkin menjadi suami/isteri
yang cemerlang. Apa-apa kejayaan adalah sentiasa bermula dengan niat yang baik.
Ira pon insyaa Allah akan berniat dulu kalau nak buat sesuatu jadinya macam to
juga dengan alam perkahwinan , apa-apa mesti dahulukan niat yang baik dan
sentiasa berusaha untuk mencapai keluarga yang bahagia kelak.
2.
Kita juga perlu sentiasa bersyukur kerana mempunyai
pasangan hidup. Yakin lah bahawa isteri korang (WAHAI KAUM LELAKI) adalah
pasangan yang terbaik dikurniakan oleh Allah untuk korang. Ketentuan TUhan
adalah yang terbaik. Pada mana-mana yang mempunyai pasangan hargai lah dan
sayangi lah serta bersyukur keran tak semua dari kita mempunyai pasangan hidup
walaupun sudah berumur walaupun berkerjaya dan walau setampan mana kerana jodoh
telah ditentukan oleh Tuhan. Hargailah dan sayangilah pasangan hidup korang .
okay ?
3.
Untuk pengetahuan lelaki, Suami yang mithali menjadi
kebanggaan isteri. Ira tak tipu sebab ira pon mengharapkan menda yang sama
dimana ia akan menambahkan lagi eratan silaturahim tapi kalau ketentuan dengan
orang biasa-biasa pon ira bersyukur sebab I believe ketentuan Allah itu adalah
yang terbaik . . Same goes dengan lelaki mmesti mengharapkan dapat isteri yang
solehah. Jadi kepada mana-mana lelaki atau wanita yang mahu kan pasangan yang
terbaik dimana kita perlu membentuk sifat positif dan istimewa dan cuba
renungkan amalan atau sifat apa yang isteri atau suami kalian banggakan which
is “ im proud to have you “.
4.
Yang ni pon penting . apa dia ? pastikan korang ada
masa untuk berbual dengan pasangan korang walau sesibuk manapun. Jangan lah 5
minit je brcakap sehari to pon Tanya makan da siap ke , baju dah iron ke . aduhh kesian isteri korang. Macam mana nak
bahagia kalau setakat berborak macam to. Maksud ira korang kena bagi perhatian
sebab perempuan ni amat suka dibelai , dimanja dan diberi perhatian. Takpun
puji lah isteri cantik walaupun dia Cuma pakai tudung bawak noreh getah . hehe
. tips ni tips .
5.
Untuk yang terakhir ni amalkan makan bersama setiap
hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati mana yang patut semasa makan tapi
makan to habiskan dulu yang kat mulut. Tahu tak kenapa makan bersama dapat
membina keluarga bahagia ? kerana amalan ini aka menarik hidayat TUhan dan
mengeratkan hunugan silaturahim .tapi elakkan berbual perkara yang melalaikan
semasa makan. Contohnya berbual tentang zouk ke
kan . upss . tak pun cerita tentang aib orang . JANGAN SESEKALI .! petua
mana ajar korang membawang masa makan . tak baik . jangan . jangan .
Okay.mungkin itu dahulu untuk kali ini. Ira harap serba
sedikit mampu memberi manfaat kepada korang semua. Salam satu Mlaysia , salam
keluarga bahagia =*
No comments:
Post a Comment