Monday, 14 May 2018

Pantun Tradisi turun-menurun dalam merisik

  Hi asalamualaikum korang. Kali ni ira nak tunjuk sikit pantun-pantun yang biasa digunakan dalam merisik dan meminang kerana ianya merupakan adat melayu sejak turun temurun lagi .nak tahu ? jom sama-sama teroka maklumat dibawah.



Niat Datang



Sudah lama langsatnya condong,

      Barulah kini batangnya rebah.

Sudah lama niat di kandung,

      Baru sekarang diizinkan Allah.



Dari Pauh singgah Permatang,

      Singgah merapat papan kemudi.

Dari jauh saya datang,

      Kerana tuan yang baik budi.



Bukan tekat sebarang tekat,

      Tekat menjadi hiasan kain.

Bukan hajat sebarang hajat,

      Hajat merasmikan nikah kahwin.



Orang membelat di tepi pantai,

      Banyak dapat ikan tembakul.

Yang kami hajat sudah tercapai,

      Yang kami doakan sudah terkabul.







Sambutan Baik



Kalau gugur buah setandan,

      Sampai ke tanah baru tergolek.

Kami bersyukur kepada Tuhan,

      Datang kami disambut baik





Pantun Merisik

Tinggi-tinggi si matahari,

      Anak kerbau mati tertambat.

Sudah lama kami mencari,

      Baru sekarang kami mendapat.



Raja Hindu raja di Sailan,

      Singgah berenang di persiraman.

Bagai pungguk rindukan bulan,

      Kumbang merindu bunga di taman.

Cenderawasih burung yang sakti,

      Singgah hinggap di atas karang.

Kasih berputik di dalam hati,

      Dari dahulu sampai sekarang.



Singgah berenang di persiraman,

      Mayang terendam di dalam tasik.

Kumbang merindu bunga di taman,

      Bintang merindu cenderawasih.

Kemudian , setelah risikan diterima. Pantun mengenang budi juga turut diberi.



Mengenang Budi



Sebuah kendi warna kencana,

      Di atas kain kesumba murup.

Sepantun budi kami terima,

      Menjadi kenangan seumur hldup.



Tenang-tenang air di laut,

      Sampan kolek mudik ke tanjung.

Hati terkenang mulut menyebut,

      Budi baik rasa nak junjung.



Tanam legundi tumbuh kelapa,

      Terbit bunga pucuk mati.

Budi tuan kami tak lupa,

      Sudah terpaku di dalam hati.



Sarat perahu muatan pinang,

      Singgah berlabuh di Kuala Daik

Budi jahat lagi dikenang,

      Inikan pula budi yang Baik.


Pagi hari tanam selasih,

      Pergi ke teluk menarah papan.

Bila terkenang budi dan kasih,

      Nasi sesenduk tidak termakan.



Tanam pisang tanam ubi,

      Ubi ditanam buat batas.

Banyak tuan bertanam budi,

      Dalam ingatan hendak dibalas.



Pergi ke sawah menanam padi,

      Anak kecil bermain mayang.

Sungguh tinggi harga budi,

      Dibalas dengan kasih sayang.





Kesimpulan daripada pantun ini ditulis didalam blog saya adalah saya mengharap anak muda kini akan tetap mewarisi adat melayu dan kekalkan sehingga ke anak cucu agar adat ini tidak ditenggelami zaman.

Sekian dari ira .

 

No comments:

Post a Comment

EPPD1063 aplikasi komputer 2017/2018

Hi asalamualaikum pada semua blog ini ditubuhkan bukanlah hanya untuk suka-suka . tetapi ianya merupakan sebahagian daripada tugas yang per...