Monday, 14 May 2018

Format laporan bahgian B tahap UPSR


Asalamualaikum , peperiksaan UPSR semakin dekat. Pada kali ni ira nak bantu adik-adik COMEL kita yang bakal memduduki UPSR  tidak lama lagi untuk mengetahui cara menjawab atau format penulisan dalam bentuk laporan.  Jom cemerlang UPSR dalam bahasa melayu. Ni adalah format laporan yang adik-adik boleh guna. Soalan ini untuk soalan bahagian B.



LAPORAN



i.              Karangan ini bertujuan melaporkan sesuatu perkara ataupun peristiwa yang berlaku.



ii.             Karangan jenis ini biasanya meminta anda melaporkan kegiatan persatuan, lawatan, pameran, pesta, Hari Penyampaian Hadiah, dan sebagainya.



iii.            Untuk menulis karangan jenis ini, pastikan bahawa anda benar – benar mengetahui perkara ataupun peristiwa yang hendak dilaporkan itu.



iv.            Laporan yang ditulis mestilah berdasarkan kenyataan yang benar – benar berlaku.



v.             Karangan jenis ini ialah karangan yang berformat khusus.



CONTOH  :        SUKAN TAHUNAN SEKOLAH





LAPORAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH



            Pada 16 Disember 2004, Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, telah mengadakan Sukan Tahunan kali ke 14. Kejohanan sukan itu berjalan dengan begitu lancar sekali.



            Sebelum acara olahraga dimulakan, majlis perasmian telah diadakan. Semua peserta dari setiap rumah beratur mengikut rumah masing – masing. Mereka mengadakan acara perbarisan. Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Adun Kawasan Sri Petaling, Yang Berhormat Datuk Choon Soon Kiat.



            Selepas itu, acara sukan bermula. Ada acara olahraga seperti acara lumba lari 100 meter, 200 meter, lompat jauh, lompat tinggi, dan melontar peluru. Untuk pelajar tahun sati, dua dan tiga diadakan acara sukaneka seperti meniup belon, lari dalam guni, lari bawa bola pingpong dan sebagainya.



            Setiap pemenang mendapat hadiah masing – masing. Pemenang pertama mendapat pingat emas, manakala tempat kedua mendapat pingat perak, dan ketiga mendapat pingat gangsa. Hadiah – hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG. Semua murid yang hadir bertepuk tangan tanda gembira.



            Semasa acara penutup, olahragawan dan olahragawati sekolah telah diumumkan. Anugerah ini telah disandang oleh Hishamuddin dan Hezra Eryana. Manakala juara keseluruhan acara sukan tahunan ini telah dimenangi oleh Rumah Helang.



            Lebih kurang pukul 6.00 petang acara sukan pun tamat. Murid – murid berasa begitu gembira.









Di sediakan oleh,                                                                      23 Disember 2017





Haslah Salleh



(HASLAH BIN SALLEH)

Setiausaha Sukan,

Sekolah Kebangsaan Sri Petaling.







CONTOH  :        KEGIATAN TAHUNAN PERSATUAN





LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN MATEMATIK



Guru Penasihat              :           Encik Khalid bin Sulong

                                                Encik Adnan bin Jabi

Pengerusi                     :           Fajar Riza binti Mohd. Ripin

Setiausaha                    :           Azila binti Mokthar

Bendahari                     :           Hasliza binti Ishak

Ahli Jawatankuasa         :           Azmi bin Alias

                                                Devan A/L Aragena

                                                Mariam binti Ahmad



            Persatuan Matematik Sekolah Rendah Kelana Jaya (I) ditubuhkan pada tahun 1990. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik.



            Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2004. Kegiatan pertama, yang kami jalankan ialah “Pertandingan Menghafal Sifir”. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan.



            Selain itu, kami turut mengadakan gotong – royong membersihkan kawasan sekolah. Kami telah memperindahkan kawasan taman sekolah dengan menanam pokok – pokok bunga. Aktiviti ini dijalankan dengan usaha sama Persatuan Sains.



            Pada cuti semesta satu persekolahan, kami telah mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat, Perlis. Sebagai hasil lawatan, kami banyak memperoleh pengetahuan tentang penyelidikan yang telah dijalankan.



            Pada keseluruhan, kami berpuas hati dengan kegiatan – kegiatan yang kami jalankan. Kami berterima kasih kepada guru penasihat yang banyak membimbing kami.







Disediakan oleh,                                                                                   22 Mac 2018





Rozila Rakimi

(ROZILA BTE RAKIMI)

Setiausaha Persatuan Matematik,

Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (1)    







            Harap sedikit sebanyak membantu. Sekian sahaja daripada kak ira. GOODLUCK UPSR !





No comments:

Post a Comment

EPPD1063 aplikasi komputer 2017/2018

Hi asalamualaikum pada semua blog ini ditubuhkan bukanlah hanya untuk suka-suka . tetapi ianya merupakan sebahagian daripada tugas yang per...