Saturday, 26 May 2018

cabaran pada sem kali ini


Asalamualaikum kepada kalian semua,
Bertemu kembali dengan saya . ada kali ini ira nak menceritakan tentang kehidupan dan cabaran yang ira lalui pada sem ni.
 Ira tidak nafikan bahawa sem ni memang subjek yang ira ambil sangat mencabar dan terlalu banyak tetapi ira sangat terkilan sebab tak dapat ambil subjek math sem ni walaupun dah cuba untuk daftar manual tetapi tidak diterima sebab dah terlalu ramai yang daftar manual tapi ada kelas yang “ AVAILALE “ tapinya hari jumaat jadi ira tak boleh ambil sebab jumaat dah penuh dari pagi hingga petang. Im so sad.  Mungkin orang Nampak mende ni biasa je . normal ah. Ira sangat-sangat terkilan sebab math sangat-sangat berkait rapat dengan mikroekonomi 1 dan math juga merupakan subjek favourite ira dari dulu lagi . mungkin ada hikmah kenapa ira tak dapat daftar subjek tu .
Pada sem lepas, paling menguji kesabaran dan keimanan ialah dimana minggu midterm tengah berperang ira patah jari pada jari kelingking ketika bermain bola jaring bersama belia untuk perlawanan yang kami sertai. Menangis sebak semua ada sebab jari yang patah tu ialah belah kiri dan ira sebenarnya kidal. Sangat ujian dan susah untuk ira nak ulangkaji bagi subjek mengira dan seksa untuk menjawab ujian bertulis. Ira dapat cuti sakit selama sebulan tetapi ira pilih untuk teruskan belajar sebab takut lost apa yang kita belajar.
Pada hujung sem ni menjelang final, ira telah kehilangan tokwan ira iaitu datuk , bapa kepada mak ira. Tokwan ira sakit yang hospital sendiri tak dapat detect sakit apa. Selama 4 bulan tokwan ira terseksa tak dapat tidur dengan lena. Ira selalu balik kampung jenguk tokwan bila ada hari minggu yang  lapang. Bila bulan yang ke-4 tokwan ira dah terlalu kritikal sehingga tidak boleh berjalan seperti sedia kala, kami bawa ke hospital yang lain dan dapati bahawa tokwan ira rupanya dah kanser paru-paru tahap 4 dan otak tokwan bengkak teruk. =’( kami semua terkejut dalam masa 4 bulan je .
Kesedihan yang teramat sangat bila berita tu sampai. Tetapi kami semua masih berharap agar tokwan dapat pulih kembali sedia kala.

Pada 28 april, ira dengan kawan-kawan ira datang melawat tokwan dekat hospital.bahagia campur sedih dua-dua ada . berkecamuk semua perasaan. Bila mana ira sampai, pakta dengan tok je yang ada sebab semalamnya semua dah datang . bergilir-gilir  mak dan ayah sedara menjaga tokwan dihospital  tiada putus.  Bila ira urut-urut tokwan , tokwan macam pelik tengok ira dan ayat yang ira tak boleh lupa dan sebak sangat bila teringat “ awak siapa ? “ ya Allah . berdentum jantung . sebak menahan air mata . ira taknak tokwan nampak ira sedih . ira cuba mnjawab soalannya “ ni ira, cucu tokwan “ . tokwan hanya mengangguk sebab ira tahu ingatan tokwan dah tak sekuat dulu. ira faham . 

  Kami beransur pulang ke kolej pada pukul 5 petang. Dan itu merupakan salam terakhir ira dengan tokwan.

Mengimbas semula kenangan,

 Waktu kecil , ira pernah tinggal dengan tok dan tokwan tetapi tak lama. Waktu tu tokwan selalu bawak ira ronde kampung, ikut dia mengopi petang-petang dengan kawannya. Bila tokwan dan tok tahu keluarga kami balik kampung mesti carikan betik untuk kami .kalau musim durian mesti aka nada durian kat kampung. Bila tokwan Nampak cucunya tidur tanpa selimut mesti tokwan yang akan carikan selimut dan hamparkan selimut dengan lembut agar kami tak terjaga. Rutin tokwan hari isnin mesti duduk depan tv tengok cerita kungfu . tetapi itu semua kenangan. Kenangan yang kami sematkan dalam diri.

 Pada 30 april, 730am. Kami telah diberitahu bahawa tokwan telah kembali ke rahmatullah. Jantung luluh bagaikan disambar petir. Dan pada pagi tu juga ira ada ujian untuk subjek acade,ic communication pada pukul 8 pagi. Ira cuba jawab sehabis awal dan pulang kekampung.

Di sini , ira nak nasihat . pada yang masih mempunyai  ayah ibu atok nenek , hargailah selagi mereka masih ada. Penyesalan tiada guna apabila mereka sudah tiada.

Diksempatan ini, ira mohon pada yang membaca blog ini untuk sedekahkan alfatihah kepada arwah tokwan ira (datuk ) dan semoga tokwan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

terima kasih tokwan atas segalanya.

Alfatihah

Sekian.

No comments:

Post a Comment

EPPD1063 aplikasi komputer 2017/2018

Hi asalamualaikum pada semua blog ini ditubuhkan bukanlah hanya untuk suka-suka . tetapi ianya merupakan sebahagian daripada tugas yang per...