Asalamualaikum kepada kalian semua,
Bertemu kembali dengan saya . ada kali ini ira nak
menceritakan tentang kehidupan dan cabaran yang ira lalui pada sem ni.
Ira tidak nafikan
bahawa sem ni memang subjek yang ira ambil sangat mencabar dan terlalu banyak
tetapi ira sangat terkilan sebab tak dapat ambil subjek math sem ni walaupun
dah cuba untuk daftar manual tetapi tidak diterima sebab dah terlalu ramai yang
daftar manual tapi ada kelas yang “ AVAILALE “ tapinya hari jumaat jadi ira tak
boleh ambil sebab jumaat dah penuh dari pagi hingga petang. Im so sad. Mungkin orang Nampak mende ni biasa je . normal
ah. Ira sangat-sangat terkilan sebab math sangat-sangat berkait rapat dengan
mikroekonomi 1 dan math juga merupakan subjek favourite ira dari dulu lagi . mungkin
ada hikmah kenapa ira tak dapat daftar subjek tu .
Pada sem lepas, paling menguji kesabaran dan keimanan ialah
dimana minggu midterm tengah berperang ira patah jari pada jari kelingking
ketika bermain bola jaring bersama belia untuk perlawanan yang kami sertai. Menangis
sebak semua ada sebab jari yang patah tu ialah belah kiri dan ira sebenarnya
kidal. Sangat ujian dan susah untuk ira nak ulangkaji bagi subjek mengira dan
seksa untuk menjawab ujian bertulis. Ira dapat cuti sakit selama sebulan tetapi
ira pilih untuk teruskan belajar sebab takut lost apa yang kita belajar.
Pada hujung sem ni menjelang final, ira telah kehilangan
tokwan ira iaitu datuk , bapa kepada mak ira. Tokwan ira sakit yang hospital
sendiri tak dapat detect sakit apa. Selama 4 bulan tokwan ira terseksa tak
dapat tidur dengan lena. Ira selalu balik kampung jenguk tokwan bila ada hari
minggu yang lapang. Bila bulan yang ke-4
tokwan ira dah terlalu kritikal sehingga tidak boleh berjalan seperti sedia
kala, kami bawa ke hospital yang lain dan dapati bahawa tokwan ira rupanya dah
kanser paru-paru tahap 4 dan otak tokwan bengkak teruk. =’( kami semua terkejut
dalam masa 4 bulan je .
Kesedihan yang teramat sangat bila berita tu sampai. Tetapi kami
semua masih berharap agar tokwan dapat pulih kembali sedia kala.
Pada 28 april, ira dengan kawan-kawan ira datang melawat
tokwan dekat hospital.bahagia campur sedih dua-dua ada . berkecamuk semua
perasaan. Bila mana ira sampai, pakta dengan tok je yang ada sebab semalamnya semua
dah datang . bergilir-gilir mak dan ayah
sedara menjaga tokwan dihospital tiada
putus. Bila ira urut-urut tokwan ,
tokwan macam pelik tengok ira dan ayat yang ira tak boleh lupa dan sebak sangat
bila teringat “ awak siapa ? “ ya Allah . berdentum jantung . sebak menahan air
mata . ira taknak tokwan nampak ira sedih . ira cuba mnjawab soalannya “ ni
ira, cucu tokwan “ . tokwan hanya mengangguk sebab ira tahu ingatan tokwan dah
tak sekuat dulu. ira faham .
Kami beransur pulang ke
kolej pada pukul 5 petang. Dan itu merupakan salam terakhir ira dengan tokwan.
Mengimbas semula kenangan,
Waktu kecil , ira
pernah tinggal dengan tok dan tokwan tetapi tak lama. Waktu tu tokwan selalu
bawak ira ronde kampung, ikut dia mengopi petang-petang dengan kawannya. Bila tokwan
dan tok tahu keluarga kami balik kampung mesti carikan betik untuk kami .kalau
musim durian mesti aka nada durian kat kampung. Bila tokwan Nampak cucunya
tidur tanpa selimut mesti tokwan yang akan carikan selimut dan hamparkan
selimut dengan lembut agar kami tak terjaga. Rutin tokwan hari isnin mesti
duduk depan tv tengok cerita kungfu . tetapi itu semua kenangan. Kenangan yang
kami sematkan dalam diri.
Pada 30 april, 730am.
Kami telah diberitahu bahawa tokwan telah kembali ke rahmatullah. Jantung luluh
bagaikan disambar petir. Dan pada pagi tu juga ira ada ujian untuk subjek
acade,ic communication pada pukul 8 pagi. Ira cuba jawab sehabis awal dan
pulang kekampung.
Di sini , ira nak nasihat . pada yang masih mempunyai ayah ibu atok nenek , hargailah selagi mereka
masih ada. Penyesalan tiada guna apabila mereka sudah tiada.
Diksempatan ini, ira mohon pada yang membaca blog ini untuk
sedekahkan alfatihah kepada arwah tokwan ira (datuk ) dan semoga tokwan
ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
terima kasih tokwan atas segalanya.
Alfatihah
Sekian.